
Pernah makan kuih tiram yang rangup, berlapis-lapis dan rasa lemak manisnya memang buat tak boleh berhenti kunyah? Kuih tradisional ini memang nostalgia betul, ringkas tapi sangat sedap.
Walaupun nampak macam susah nak buat, sebenarnya resepi kuih ini senang saja kalau tahu teknik gulung dan canai yang betul. Bahan pun tak banyak, cuma tepung, minyak dan air.
Kalau nak buat kudapan untuk anak-anak, kuih raya atau minum petang, kuih tiram ini memang antara pilihan yang tak mengecewakan. Jom cuba buat sendiri di rumah.
Baca juga: Resipi Donut Selembut Sutera, Tak Perap Doh Pun Tetap Naik Elok!
RESEPI KUIH TIRAM RANGUP

Bahan A: Doh Kuih Tiram
- ½ kg tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 2-3 sudu besar minyak masak
- Air secukupnya (masukkan sedikit demi sedikit)
Bahan B: Pes Sapuan (Layer)
- Tepung ubi secukupnya
- Minyak masak secukupnya
Campurkan tepung ubi dengan minyak sedikit demi sedikit hingga dapat pes yang likat.

Cara Penyediaan:
1. Satukan tepung gandum, garam dan minyak masak. Gaul dan ramas guna hujung jari hingga berderai.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan dan bekas. Doh sepatutnya sedikit keras, lebih kurang seperti doh karipap.

3. Teruskan uli selama 10 minit hingga doh menjadi lembut. Bahagikan doh kepada 4 bahagian.

4. Canai setiap bahagian doh. Taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai supaya doh tidak melekat.

5. Ambil pes sapuan dan sapukan rata ke atas doh yang telah dicanai tadi.

6. Gulung doh kemas-kemas. Ulang langkah yang sama untuk semua bahagian doh.

7. Potong gulungan doh lebih kurang ½ inci (boleh potong kecil atau besar ikut suka, tapi jangan terlalu besar sebab doh akan mengembang bila dicanai).

8. Ambil satu keping doh yang dipotong, tekan sedikit dengan jari. Canai sehala sahaja (sekali lalu). Ulang sehingga habis semua.

9. Panaskan minyak. Goreng kuih dalam minyak yang banyak. Gunakan lidi untuk membuka kelopak tiram semasa menggoreng agar bentuknya terbuka cantik.

10.Toskan dan biarkan kuih sejuk sepenuhnya.
11. Akhir sekali, gaulkan kuih tiram yang telah sejuk dengan gula kastor. Siap untuk dinikmati!

Sumber: Mas Cotek
Baca juga: Jom Buat Sendiri Japanese Cream Puff Inti Coklat, Bila Gigit Memang Rangup & Gebu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














