
Rempeyek kacang dal antara kudapan kegemaran ramai bila tiba musim perayaan. Rasanya yang rangup dan penuh rempah memang buat kita tak sedar asyik mengunyah. Tahu-tahu saja, dah tinggal separuh balang!
Kalau ada yang nak cuba buat sendiri, anda boleh pelbagaikan bahan seperti guna kacang dhal, kacang tanah atau kacang hijau. Masing-masing ada rasa yang unik dan keenakan tersendiri.
Baca juga: Rahsia Buat Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik, Sebalang Memang Tak Cukup!
RESEPI REMPEYEK KACANG DAL

Bahan-bahan:
- 500 gram tepung beras
- 2 biji telur
- 5 cawan santan
- 250 gram ikan bilis (dibersihkan dan tos kering)
- 400 gram kacang dal (rendam semalaman)
- 2 sudu besar ketumbar
- 2 sudu besar jintan manis
- 2 sudu besar jintan putih
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 1 sudu kecil air kapur (untuk kerangupan)
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Rendam kacang dal semalaman supaya ia menjadi lebih lembut dan mudah dimasak semasa menggoreng. Toskan dan ketepikan.
- Sangai (goreng tanpa minyak) ketumbar, jintan manis dan jintan putih seketika hingga naik bau. Kemudian kisar halus bersama bawang putih dan kunyit hidup.
- Dalam mangkuk besar, satukan tepung beras, telur, santan, bahan kisar tadi, air kapur dan garam. Kacau sebati hingga membentuk adunan yang tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
- Masukkan ikan bilis dan kacang dal ke dalam adunan. Gaul rata.
- Panaskan minyak dalam kuali yang dalam. Bila minyak cukup panas, cedok adunan rempeyek menggunakan senduk atau sudu kecil dan tuangkan ke tepi kuali perlahan-lahan. Pastikan minyak cukup banyak untuk merendam rempeyek.
- Goreng dengan api sederhana hingga rempeyek garing dan kekuningan. Angkat dan toskan minyak di atas tisu dapur.
- Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup.
Tips:
- Jika ingin variasi, anda boleh gantikan kacang dal dengan kacang tanah yang telah dibuang kulit dan dibelah dua.
- Untuk hasil lebih rangup, pastikan adunan tidak terlalu cair dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
Sumber: Heliza Jeran
Baca juga: Petua Kacang Tanah Yang Rangup & Wangi, Rupanya Kena Goreng Ikut Cara Ini!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














