resepi rebung tumis

Rebung boleh digunakan untuk memasak pelbagai hidangan yang lazat. Salah satu menu yang boleh dicuba adalah resepi rebung tumis cili padi.

Hidangan ini merupakan menu legend atok dan nenek kita pada zaman dahulu. Ada satu lauk ini pun dah cukup sedap kalau makan dengan nasi panas.

Bagi peminat rebung yang inginkan kelainan, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Fienaz Shafie di bawah ini.

Baca juga: Cara Simpan Rebung Supaya Tahan Lebih Lama & Tidak Cepat Masam

RESEPI REBUNG TUMIS CILI PADI

Bahan tumbuk kasar:

Bahan tumis:

  • 1 mangkuk rebung
  • 5 biji bawang merah kecil (belah 2)
  • 10 ml air
  • Garam & gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Rebus rebung sehingga empuk. Kemudian potong kecil secara memanjang.

2. Tumbuk kasar cili padi, bawang putih dan ikan bilis.

3. Panaskan minyak masak. Tumis bahan tumbuk kasar tadi. Masukkan juga bawang merah kecil bawang dibelah 2.

4. Selepas itu, masukkan rebung yang sudah direbus dan dipotong tadi.

5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6. Gaul sehingga semuanya sebati dan bercampur rata.

7. Tuangkan juga air air dan biarkan masak seketika.

8. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Fienaz Shafie

Baca juga: Resipi Rebung Ikan Bilis Goreng Sambal, Menu Simple Tapi Sangat Menyelerakan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN