harga barang naik

Utusan Malaysia melaporkan bahawa harga semua barang keperluan dijangka me­lonjak sekitar 50 hing­ga 60 peratus mulai bulan de­pan susulan pelaksanaan gaji minimum RM1,500.

Malah beberapa harga bara­ngan keperluan asas seperti ayam, daging dan hampir semua sayur-sayuran telah me­nyaksikan peningkatan sebelum Hari Raya Aidilfitri minggu lalu.

Lonjakan harga barang semakin dirasai apabila rangkaian Eco Shop yang popular dengan harga setiap barangnya hanya RM2.10 turut mengumumkan kenaikan harga di semua rangkaiannya kepada RM2.40 mulai 1 Jun ini.

Dalam kenyataan terdahulu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin telah menjangkakan bahawa barang-barang kering akan naik harga pada tahun ini.

“Kita telah diberitahu oleh ramai pengilang bahawa barang akan naik sebab tertentu (seperti) harga bahan mentah dan kos logistik telah naik,” jelas beliau.

Bagi pakaian seperti baju, Ameer Ali berkata, beliau menjangkakan ia akan naik 10 hingga 15 peratus kerana sebelum ini penjual menjual barang-barang sedia ada.

“Dengan kemasukan barang baharu, baru (harganya) akan naik. Baju sekolah dan kasut sekolah pun sudah naik harga,” tambahnya.

Menurutnya, kenaikan barang makanan kering dan pakaian ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan dan tidak boleh berbuat apa-apa.

“Kita ini (terlibat dengan) perdagangan antarabangsa. Jangan kita salahkan kerajaan. Tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Apa yang penting adalah kerajaan membantu,” ujarnya.

Orang Ramai Perlu Membuat Pilihan Dalam Membeli Barang

Untuk menangani perkara seperti ini, beliau turut memberikan beberapa panduan kepada orang ramai, antaranya seperti membuat pilihan dalam membeli barang.

“Kita ada pilihan. Daripada kita beli barang yang mahal sikit, kita cari barang yang murah. Contohnya, biasa kita beli baju jenama A yang mahal, sekarang kena beli jenama B yang tidak berjenama.

“Kita kena pandai, bijak cari barang yang kita mampu. Kerana anda tidak ada pilihan. Barang itu akan naik, gaji anda tidak naik. Kalau gaji anda naik pun, ia tiga hingga lima peratus tetapi barang naik 10 peratus,” kata beliau lagi.

Beliau berkata, orang ramai juga disaran untuk kurang membeli-belah, contohnya jika sebelum ini membeli dua helai baju, sekarang hanya perlu membeli sehelai baju.

“Saya rasa ini yang kita kena buat, malah kena kerja kuat supaya kita boleh dapat gaji lebih,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN