PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-13 05:19:47

Nak beli corndog di luar tapi agak mahal? Ada yang kata harganya membuatkan kita berfikir 2,3 kali nak beli ke tidak. Katanya harga lebih RM10-RM15 untuk sebatang. Jadi apa kata kita cuba resepi corndog yang dikongsikan oleh Nur Syazwani Mustafa. Jadi ikuti resepi corndog ini dan anda boleh buat sendiri selepas ini di rumah. Simple je!

Kredit: Nur Syazwani Mustafa

Bahan-bahan:

  • Sosej
  • Mozzarella Cheese. Ambil yang block bukan shredded.
  • Bread Crumbs. (ambil yang jenis putih bukan oren)
  • Chopstick kayu
  • 1 sudu besar Yis Mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan air suam
  • 7 sudu besar Tepung Gandum (jangan membukit sangat dan jangan rata sangat. Nanti tak berapa nak lemak manis kejadiannya)
  • 1 paket Tepung Cucur Lemak Manis Adabi.  

Kredit: Nur Syazwani Mustafa

Cara-cara:

  1. Rebus sosej selama 2-3 minit dalam air yang menggelegak. Kemudian toskan. Potong dua.
  2. Potong Mozzarela Cheese block menjadi kiub, potong sebesar sausage tadi. Kemudian ambil chopstick dan cucukkan sosej dahulu diikuti dengan cheese.
  3. Bancuh 1 paket Tepung Cucur Lemak Manis Adabi dengan 7 sudu besar Tepung Gandum. Kemudian letak 1 sudu besar Yis Mauripan dan garam. Bancuh dengan 1 cawan air suam sehingga mendapat tekstur yang kental. Tambah air lagi kalau tak cukup. Bancuhan perlu tak terlalu cair dan tak terlalu pekat dan seeloknya simpan dalam peti ais selama lebih kurang 1/2 jam untuk bancuhan.
  4. Lepas tepung dah siap, masukkan bancuhan tersebut ke dalam 1 bekas berbentuk gelas yang tinggi. Supaya senang nak celup bahan yang dicucuk tadi. Atau boleh saja terus salutkan terus menggunakan garpu/sudu. Bahagian ini memang susah sikit dan memerlukan kesabaran.
  5. Selepas itu salutkan pula ke dalam bread crumbs. Kepalkan hingga mampat bahan salutan dan terus goreng. Guna kuali yang besar dan minyak yang banyak. Api dapur sederhana.
  6. Akhir sekali boleh letak apa saja topping yang korang suka. Saya guna mayonis, sos cili and sos tomato saja. Kemudian hiaskan dan siap untuk dimakan.

Kredit: Nur Syazwani Mustafa

Kredit: Nur Syazwani Mustafa

Kredit: Nur Syazwani Mustafa

Kredit: Nur Syazwani Mustafa

Selamat Mencuba

Kredit: Nur Syazwani Mustafa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN