pes ikan bakar

Pes ikan bakar salah satu stok masakan yang wajib ada di setiap rumah setiap kali tiba bulan Ramadan. Jika ada pes ini, hanya tinggal lumur pada ikan dan boleh terus dibakar.

Dengan adanya pes ini juga, jika anda bekerja dan tiba lewat di rumah pun masih sempat untuk memasak juadah berbuka untuk keluarga.

Oleh itu, ibu-ibu sudah boleh mula sediakan pes ini dari sekarang sebelum masuk bulan Ramadan menggunakan resipi oleh Muhammad Farid Omar di bawah.

Baca juga: Cara Buat Pes Sambal Belacan Serba Guna, Boleh Masak Macam-Macam Menu!

RESEPI PES IKAN BAKAR

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Bawang merah*
  • Halia*
  • Lengkuas*
  • Serai*
  • Buah keras* (direndam seketika)
  • Cili kisar*
  • Bunga kantan*
  • Belacan*
  • Gula perang secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Asam jawa secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
  • Sedikit daun limau purut

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan-bahan yang bertanda (*) dengan sedikit air sehingga halus.

2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi. Masak sampai agak pekat menggunakan api perlahan.

3. Masukkan daun limau purut. Perasakan juga dengan gula perang, garam dan asam jawa. Sambung masak sampai menjadi pes yang pekat dan sehingga terbit minyak.

pes ikan bakar

4. Apabila sudah siap, boleh digunakan untuk membakar ikan. Selamat mencuba!

pes ikan bakar

Kredit resipi dan gambar: Muhammad Farid Omar

Baca juga: Cara Buat Stok Pes Kunyit Serbaguna, Tinggal Lumur Je Tiap Kali Nak Menggoreng!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN