cara buat pes kunyit

Setiap kali menggoreng ikan atau ayam, kita biasanya melumurnya dengan garam dan serbuk kunyit saja kan? Kali ini apa kata jom cuba cara buat pes kunyit yang bukan hanya mengandungi garam dan kunyit semata.

Jika ada pes kunyit homemade ini, hasil gorengnya anda dijamin akan menjadi lebih sedap dan lazat dari biasa. Bukan itu saja, pes ini juga sangat memudahkan ibu-ibu yang bekerja kerana masih boleh menyediakan masakan yang lazat untuk seisi keluarga walaupun sibuk.

Pes ini juga dapat bertahan dalam tempoh yang lama jika disimpan dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk. Bila-bila nak guna, tinggal lumur saja pada ayam atau ikan.

Baca juga: Cara Buat Pes Nasi Goreng, Bila Nak Masak Tinggal Masukkan Nasi & Sayur Je!

CARA BUAT PES KUNYIT SERBAGUNA

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 labu bawang putih
  • 300 gram kunyit hidup
  • 1 bungkus garam halus
  • 3 inci halia
  • Serbuk kunyit (agak-agak nak bagi tak berair)
  • Air (agak-agak saja)

Cara-cara penyediaan:

1. Kupas kulit bawang putih dan kikis kulit kunyit hidup serta halia. Kemudian cuci ketiga-tiga bahan ini sehingga bersih. Tos untuk keringkan air.

cara buat pes kunyit

2. Satukan bawang putih, kunyit hidup, halia, garam halus, serbuk kunyit dan sedikit air secukupnya untuk mudah lumatkan bahan semasa dikisar. Kisar kesemuanya sehingga menjadi halus.

3. Tuang ke dalam bekas bertutup dan simpan ke dalam peti sejuk. Sesuai digunakan untuk menggoreng ikan, ayam dan sebagainya yang bersesuaian. Selamat mencuba!

cara buat pes kunyit

Kredit resipi dan gambar: Syiqah Jaafar

Baca juga: Resipi 9 Pes Masakan Wajib Ada Di Rumah, Mudah Bila Nak Masak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN