resepi mee kari nyonya

Resepi mee kari nyonya merupakan hidangan yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Cina. Namun kini telah diminati oleh semua kaum di Malaysia dan juga Singapura.

Uniknya mee kari nyonya ini adalah kuahnya seakan sama dengan mee kari yang kita biasa makan, tapi ada yang sedikit berbeza.

Kalau nak tahu apakah perbezaannya, mari kita cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian oleh Tuan Adriana Arissa di bawah.

Baca juga: Resipi Mee Goreng Togel Ala Mak Cik Kantin Sekolah, Simple Tapi Sedap Yang Amat!

RESEPI MEE KARI NYONYA

resepi mee kari nyonya

Bahan-bahan:

  • Setengah ekor ayam (potong kecik²)
  • 5 biji bawang merah kecil (kisar)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 1 inci lengkuas (kisar)
  • 3 biji buah keras (kisar)
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 sudu besar udang kering (rendam seketika dan kisar )
  • 2 tangkai daun kari
  • Daun kesum secukupnya
  • 1 batang bunga kantan
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 8 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar cili kering kisar (boleh tambah kalau nak lagi pedas)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 2 keping asam keping
  • Santan secukupnya (saya guna 3 cawan santan)
  • Garam
  • Gula (saya guna nisan)

Cara memasak:

  1. Kisar semua bahan-bahan kisar sehingga halus. 
  2. Panaskan minyak yang mencukupi, masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis semua bahan kisar bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, buah keras, daun kari dan udang kering. Tumis sehingga masak @ kekuningan.
  3. Kemudian masukkan daun kesum, serai dan tumis sekejap. Masukkan pula rempah kari yang telah dibancuh bersama cili kisar bersama sedikit air. Tumis rempah ini sampai betul-betul garing dan naik minyak.
  4. Seterusnya masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Tumis sehingga air ayam keluar.
  5. Kemudian masukkan santan dan air. Kuantiti air mengikut sukatan kuah yang disukai.
  6. Biarkan mendidih, masukkan kiub pati ayam, kiub pati ikan bilis, asam gelugur, garam dan nisan. Sesuaikan rasa ikut cita rasa masing-masing.
  7. Bila nampak kuah dah mula mendidih dan mula pekat, boleh masukkan fishball, fishcakes dan tauhu pok. Kalau nak masukkan kerang pun boleh, ikut cita rasa masing-masing.
  8. Dah semua dah masak, boleh rasa apa yang kurang dan tutup api.

RESEPI SAMBAL UDANG KERING

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar udang kering rendam sekejap dan kisar
  • 4 ulas bawang putih blender
  • 1 cawan cili kering blender
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan blender sehingga betul-betul masak dan garing. Kemudian masukkan gula serta garam.
  2. Tumis sambal sampai betul-betul naik minyak serta bertukar warna merah yang cantik.

Bahan-bahan lain mee kari:

  • Sawi
  • Taugeh
  • Telur rebus
  • Bawang goreng
  • mee kuning
  • Cili besar
  • Limau kasturi/nipis

*Celur mee, sawi dan taugeh seketika sahaja.

resepi mee kari nyonya

Kredit resipi dan gambar: Tuan Adriana Arissa

Baca juga: Resipi Mee Suah Tiram ‘Taiwan Style’, Buat Sendiri Dijamin Halal & Tak Was-Was!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN