ikan goreng rangup

Ikan goreng rangup yang dimasak dengan teknik yang betul akan membantu menaikkan selera penggemar menu tersebut. Terutamanya dimakan bersama dengan nasi panas dan ulam-ulaman.

Ia boleh melekat pada kuali atau kuali atas beberapa sebab. Satu sebab biasa ikan melekat adalah kekurangan minyak yang mencukupi dalam kuali atau kuali.

Baca juga: Cara Simpan Ikan Bilis Supaya Tak Berkulat, TAHAN LAMA Guna Tip Ini

Minyak yang mencukupi membantu mengelakkan ikan daripada melekat pada permukaan kuali. Pastikan anda menggunakan minyak secukupnya dan panaskan dengan baik sebelum memasukkan ikan.

Jadi, untuk dapatkan ikan goreng yang sedap dan ‘juicy’, jom ikuti perkongsian doktor wanita ini berkenaan teknik menggoreng.

Susulan hantaran posting yang dibuat di Facebook, doktor yang dikenali sebagai Dr. Fatima Salim telah berkongsi teknik beliau dari perspektif saintifik.


IKAN GORENG RANGUP DAN JUICY, INI PENJELASAN SAINS DARI DOKTOR

ikan goreng rangup

Ramai pasti tahu yang rasa ikan goreng dipengaruhi oleh jenis ikan, kesegarannya dan bahan perapannya. Tahukah anda rasa ikan goreng juga disumbangkan oleh cara memasak serta kawalan suhu semasa memasak?

Masalah yang sering timbul ialah untuk mendapatkan hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan ‘juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam). Mari kita selamai sains disebalik menggoreng ikan ini.
Kenapa ikan melekat pada kuali apabila digoreng?

Ikan melekat pada kuali kerana permukaan ikan basah yang bersentuhan dengan permukaan kuali. Semasa mengoreng, api akan memanaskan kuali dan minyak.

Ikan yang bersentuhan dengan permukaan kuali lalu menyebabkan ikan terus mengering pada kuali dan menyebabkannya melekat. Keadaan ini akan menyukarkan proses menterbalikkan ikan dan sebahagian daripada isinya akan melekat pada kuali.

Bagaimana untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali?

Untuk mengelakkan perlekatan ikan dengan permukaan kuali, panaskan minyak secukupnya (agak-agak sehingga SEDIKIT berasap) kemudian masukkan ikan.

Disebabkan tidak larut bersama, perlanggaran antara molekul-molekul minyak dengan molekul-molekul air pada ikan akan menghasilkan bunyi gorengan yang kuat.

Minyak yang cukup panas ini akan menyebabkan air pada permukaan ikan meruap dengan cepat dan menjadikannya kering dan rangup. Maka, permukaan ikan yang bersentuhan dengan kuali tidak akan melekat.

Bagaimana untuk mendapatkan isi ikan yang juicy?

Permukaan ikan yang rangup tadi akan menjadi selaput penghalang untuk air di dalam ikan daripada meruap seterusnya mengekalkan kelembapan (juiciness) dalam isi ikan.

Ikan haruslah dimasak SEKEJAP sahaja kerana struktur kimia ikatan protein isi ikan adalah longgar jika dibandingkan dengan daging ayam dan lembu. Maka ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak.

Memasak ikan terlalu lama akan menyebabkan lembapan dalam isi ikan meruap, seterusnya menjadikan isinya keras. Ini sesuai untuk mereka yang sukakan ikan yang rangup dan garing.

Nota: Mereka yang menggunakan kuali kali lekat tidak akan mengalami masalah perlekatan semasa menggoreng kerana teknologi selaput pelinciran telah membantu.


Sumber: Facebook Dr. Fatima Salim

Baca juga: Ikan Sambal Taucu Cabai Burung, Sedap Makan Dengan Nasi Panas-Panas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN