resepi mee kuah

Resepi mee suah ini cukup ringkas dan mudah untuk disediakan. Untuk pengetahuan anda, mee suah merupakan sejenis mee yang diperbuat dari tepung gandum dan lebih kurus.

Bagi anda yang tidak pernah merasainya, resepi oleh Encik Hasbullah Ahmad ini amat berbaloi untuk dicuba. Berikut adalah cara memasak dan bahan-bahan yang diperlukan.

Baca juga: Jom Masak Sendiri ‘Hokkien Mi’ Chinese Style, Susah Nak Jumpa Yang Halal

RESEPI MEE SUAH TAIWAN STYLE

Bahan-bahan hiasan:

1) Minyak/bawang goreng: Goreng bawang merah yang dihiris nipis dengan sedikit minyak. Bila dah garing, toskan bawang untuk hiasan. Minyak boleh simpan ke tepi untuk tuangkan ke atas sup setelah masak.

2) Isi ayam: Isi ayam direbus dan diracik-racik

3) Tiram: Tiram dibersihkan dengan air dan sedikit garam. Setelah bersih, celup dalam bancuhan air dan tepung kanji. Rebus tiram sekejap sehingga masak dan simpan ke tepi. (Tujuan salut dengan bancuhan kanji, supaya tiram tak kecut dan juicy sikit)

4) Minyak cili: Ikut citarasa sendiri. Saya guna serbuk cili api, bawang putih, halia, bijan dan sedikit minyak. Yang penting tak hangit dan ada aroma/pedas cili. Nak senang lagi, beli minyak cili atau sambal udang kering di pasar raya.

5) Daun ketumbar/sup/parsli: Ikut citarasa, hiris halus.

6) Cuka hitam: Sebagai perisa tambahan/kondimen

Untuk sup/mi:

1) Rebus sotong kering dengan kepingan bonito (katsuoboshi/ikan tuna salai), bersama dengan air atau stok ayam, kicap masin, sedikit gula, hirisan halia, bawang putih, sedikit serbuk ketumbar dan lada putih. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan dalam 6 hingga 7 minit sebelum bahan campuran tadi ditapis keluar.

2) Buka kembali api dan masukkan bawang goreng. Bila mendidih, masukkan mi sua dan rebus sehingga mi masak/lembut. Boleh potong dengan gunting untuk bagi mi dia pendek sikit. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung dan ubah suai rasa secukupnya.

Masukkan minyak yang diguna sewaktu goreng bawang tadi.

mee suah

3) Hias dengan bahan-bahan hiasan/topping yang dinyatakan.

NOTA: Kalau buat kuantiti yang banyak (hidang untuk lebih 2 hingga 3 kali), asingkan sup dan hanya rebus mi bila hendak dihidangkan. Jadi mi tidak terlajak kembang.

resepi mee suah

Kredit: Hasbullah Ahmad

Baca juga: Sosej Tongmo Versi Halal, Sekali Rasa Mesti Nak Lagi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN