resepi mee jawa

Asyik makan nasi bosan juga, tapi kadang-kadang tiada idea nak masak apa untuk makan tengah hari atau makan malam. Oleh itu, apa kata jom cuba kelainan dengan memasak resepi mee jawa ini.

Resipi yang dikongsikan oleh Hidayah Dona di bawah bukan saja sedap, malah cara penyediaannya juga ringkas dan senang untuk disediakan. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Laksa Kuah Merah Terengganu, Memang Sedap & Lain Dari Lain!

RESEPI MEE JAWA MUDAH DAN SEDAP

resepi mee jawa

Cara memasak:

1. Daging dan tulang 2 ketul direbus. Isi daging hiris halus dan ketepikan. Tulang dan air rebusan simpan.

2. Keledek oren dalam 700 gram direbus dan dikisar.

3. Kisar juga bawang merah 5 ulas, bawang putih 5 ulas, 2 batang serai dan seinci lengkuas.

4. Bancuh serbuk kari ayam/daging (Adabi) 5 sudu.

5. Sediakan bahan-bahan lain seperti daun sup, bawang goreng, tauhu goreng, daging rebus hiris, cili besar dan telur rebus.

resepi mee jawa

6. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga naik bau.

7. Kemudian masukkan udang kering dan tumis. Seterusnya masukkan bancuhan rempah kari. Tumis hingga masak.

8. Kemudian masukkan keledek yang dikisar dan kacau.

9. Seterusnya masukkan air rebusan daging dan tulang kuantiti hampir penuh periuk. Biar mendidih.

10. Waktu ini bolehlah masukkan garam, gula secukup rasa, serbuk perasa, sedikit lada putih dan sedikit kicap untuk beri warna yang gelap. Jika suka aroma rempah boleh letakkan sedikit saja serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Jika tak suka tak perlu masuk ya.

11. Bila semua rasa dah sebati dan sedap, baru pekatkan kuah dengan sedikit bancuhan tepung jagung. Dah siap kuah.

12. Celurkan mi kuning dan sediakan bahan-bahan sampingan. Tuang kuah dalam mangkuk berisi mi dan letak bahan-bahan sampingan tadi.

INFO: Mi jawa ada banyak versi, ada guna cili giling, ada tak guna rempah. Terpulang kepada selera masing-masing.

Kredit resipi dan gambar: Hidayah Dona

Baca juga: Resipi Mee Celup Ala Thai Tak Cukup Semangkuk, Padu Sampai Berpeluh Dahi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN