ikan sambal thailand

Setiap kali pergi ke negara jiran kita mesti selalu dengar ikan sambal Thailand kan? Tapi bila teringin tu susah nak dapat rasa yang sama macam dekat Thailand.

Sambal hijau ni sesuai sangat kalau dimakan dengan nasi yang panas-panas. Siapa yang suka pedas boleh try resipi tapi kalau tak makan pedas pon korang boleh kurangkan bilangan cili yang digunakan.

Resipi Ikan Sambal Thailand

Bahan-bahan:

  • Cili padi 10 biji*
  • Cili besar hijau 3 biji*
  • Tomato 1 biji*
  • Bawang putih 6 ulas*
  • Bawang besar 2 biji*
  • 2 batang serai
  • Daun limau purut
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Mushroom seasoning
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu gula
  • Limau nipis 1 biji
  • Ikan

ikan sambal thailand

Cara-cara:

  1. Gorengkan ikan dulu. Nak guna ikan apa pun boleh.
  2. Kisar kasar bahan bertanda *. Kalau tak ada chopper boleh gunakan lesung batu sebab kita nak hasil yang kasar.
  3. Panaskan minyak goreng ikan tadi. Tumiskan bahan sehingga pecah minyak. Pecah minyak tu maksudnya minyak tu dah bertakung atas sambal kita.
  4. Masukkan 2 batang serai.
  5. Masukkan daun limau purut. Batang tengah buang okey, nanti jadi pahit kalau tak buang.
  6. Masukkan 2 sudu makan sos cili.
  7. Kemudian, letak 2 sudu makan sos tiram.
  8. Letak mushroom seasoning. Kalau tak ada boleh masukkan secukup rasa.
  9. Masukkan 1 sudu sos ikan.
  10. Selepas itu, letak 1 sudu gula somtan. Kalau tak ada pakai je gula putih.
  11. Perahkan 1 biji limau nipis. Gaul rata. Tak perlu letak garam dah sebab sos ikan tu dah masin.
  12. Nak letak bawang pon boleh. Tak nak pon takpe.
  13. Masukkan ikan dan gaul.
  14. Hidangan anda telah siap.

ikan sambal thailand

Senang sangat nak buat sambal ikan thailand ni. Jadi, siapa yang suka kepedasan ataupun makanan Thailand korang boleh try resipi ni.

Kredit: Ameera

Baca juga:

Sambal Ikan Bilis Belimbing Buluh Versi Mudah, Guna Je Cara Ini

Cara Buat Sambal Kicap Power, Makan Dengan Apa Saja Pun Pasti Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN