resepi mee bandung simple

Sesiapa yang duduk di sekitar Johor pasti biasa dengan resepi Mee Bandung simple tapi sedap. Orang kata, jika datang Johor wajib mencubanya sekali.

Mee Bandung adalah antara sajian tradisi popular di Johor, khususnya daerah Muar yang terkenal dengan jolokan Bandar Maharani.

Jika teringin makan Mee Bandung tapi tiada peluang ke Johor, anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Mariana Zainal di Facebook ini.

Baca juga: Resipi Rahsia Mee Bandung Yang Padu, Bila Makan Mesti Nak Tambah Lagi!

RESEPI MEE BANDUNG SIMPLE

resepi mee bandung simple

Bahan-bahan:

  • Mee secukupnya (basuh mee, celur kemudian toskan)
  • Sedikit isi ayam atau daging (potong ikut suka)
  • Udang segar (terpulang nak banyak mana)
  • Tauhu (potong dan goreng sekejap jangan sampai garing)
  • 1 batang lobak merah (potong ikut suka)
  • Putik jagung (jika suka)
  • Sedikit sawi
  • 1 biji tomato belah 4
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan sos cili (kurang boleh tambah)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 1/2 sdb tepung jagung (bancuh tepung jagung dengan 1 cawan air)
  • 3 sdb gula pasir
  • 1 sdb garam
  • Bahan perasa jika perlu
  • Air untuk kuah secukupnya (saya guna 2 liter air lebih kurang, jika terlalu pekat boleh tambah air, jika tercair tambah air bancuhan tepung jagung)
  • 3 senduk minyak untuk menumis

Bahan hiasan:

  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Cili padi

Bahan kisar:

  • 15 tangkai cili kering (kadang saya lebihkan)
  • 1 1/2 biji bawang besar (jika bawang tak berapa besar, letak 2 biji)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 sdb udang geragau kering (jika guna udang kering letak 3 sudu besar)

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, gula, garam dan bahan perasa hingga betul-betul naik minyak.

2. Setelah bahan kisar agak garing, masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau sekejap.

3. Masukkan ayam. Bila ayam hampir empuk masukkan air.

4. Bila dah mendidih, masukkan lobak merah dan tomato.

5. Bila dah mendidih ganas, pecahkan telur. Jangan kacau supaya biar telur masak elok.

6. Apabila telur dah masak elok, masukkan sawi, udang dan tauhu.

7. Masukkan juga bancuhan tepung jagung. Biar mendidih seketika dan sesuaikan rasa. Siap!

resepi mee bandung simple

Lihat gambarnya memang cukup menyelerakan. Jom jadikan resepi Mee Bandung simple ini sebagai hidangan buat seisi keluarga!

Jika anda lebih sukakan kuah yang merah gelap, anda boleh renjis sedikit dengan kicap manis. Selamat mencuba!

Sumber: Mariana Zainal

Baca juga: Jom Cuba Resepi Mee Bandung Johor Meletop, Confirm Terangkat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN