resepi susu kurma

Resepi susu kurma latte ini memang sedap dan menyegarkan, lebih-lebih lagi apabila dinikmati selepas seharian berpuasa dalam cuaca panas.

Sekali teguk, confirm tak cukup segelas dan mesti nak tambah lagi! Minum setiap hari pun dijamin tak rasa jemu.

Bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya cukup mudah. Jadi, siapa yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Resipi Air Jelly Limau Kasturi Yang Sedap & Menyegarkan, Syoknya Minum Untuk Berbuka!

RESEPI SUSU KURMA LATTE AIS

resepi susu kurma

Bahan-bahan:

  • 1 kotak (1 liter) air kurma
  • 1 kotak (200ml) air café latte
  • 1 sudu kecil serbuk kopi
  • 1 sudu besar air panas (untuk bancuhan kopi)
  • Beberapa biji buah kurma (dihiris halus)
  • Ais secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Bancuh kopi dengan air panas dalam cawan kecil, kemudian kacau hingga larut dan sebati.
  2. Dalam gelas besar, masukkan ais secukupnya. Jika suka minuman lebih sejuk, boleh tambah lebih banyak ais.
  3. Tuangkan air kurma dan air café latte ke dalam gelas.
  4. Tambahkan bancuhan kopi tadi untuk rasa yang lebih kaw!
  5. Kacau perlahan untuk memastikan semua bahan sebati. taburkan hirisan buah kurma sebagai hiasan.
  6. Sedia untuk dinikmati! Nikmati minuman ini ketika sejuk.

Sumber: Nordiana Ab Kadil

Baca juga: 3 Resipi Air Sihat & Menyegarkan Untuk Berbuka Puasa, Tak Manis Potong Kaki!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN