PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-08 05:24:38

Mee Bandung adalah salah satu makanan warisan yang digemari ramai seandainya berkunjung ke Johor terutamanya di Muar. Keenakan mee bandung yang asli memang tidak dapat dinafikan lebih-lebih lagi jika dihidangkan bersama daging dan udang. Yang pasti akan membuatkan rasa mee bandung lagi meletop dan terangkat. Kepada semua peminat mee bandung boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Ayuhak Makanan di Facebook. 

 

Kredit: Ayuhak Makanan

 

Bahan-bahan:

  • Mee kuning sebungkus
  • Daging setengah kilo (rebus sampai empuk, potong daging kecil-kecil. Airnya disimpan untuk buat kuah)
  • Udang
  • Sotong
  • Telur 3 ke 4 biji
  • Sawi
  • Kubis
  • Buah tomato
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Cili kering dlm 15 tangkai* (boleh tambah atau kurangkan ikut tahap pedas)
  • Bawang kecil 8 biji*
  • Bawang besar 1 biji*
  • Bawang putih 8 biji*
  • Udang kering segenggam*
  • Kacang tanah segenggam. Kalau nak lebih terpulang. (digoreng dan kisar kering macam nak buat kuah kacang tu)
  • Garam
  • Gula
  • Perasa (kalau suka)
  • Tepung jagung 1 sudu besar
  • Minyak untuk menumis lebih kurang 5-6 sudu besar

 

Kredit: Ayuhak Makanan

 

Cara-cara:

  1. Bahan yang bertanda * dikisar sampai halus. 
  2. Tumis sampai masak/pecah minyak. 
  3. Masukkan air rebusan daging. Boleh tambah air kalau pekat sangat. 
  4. Dah mendidih masukkan daging, udang, sotong, fish ball, fish cake, sawi dan kubis. 
  5. Masukkan kacang tanah goreng yang dah dikisar tadi. Masukkan garam serta gula secukup rasa. 
  6. Masukkan buah tomato yang dipotong-potong. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air. Kacau sebati dan pecah telur sebiji demi sebiji. Jangan kacau nanti telur hancur tak cantik, biar sekejap sampai mendidih dan siap.

 

Kredit: Ayuhak Makanan

 

Tips:

  • Mee boleh masuk terus dalam kuah sebelum masukkan telur atau celur asing.
  • Boleh dihidang dengan hiasan daun sup dan bawang goreng.

 

Kredit: Ayuhak Makanan

 

Kredit: Ayuhak Makanan

 

Selamat mencuba.

Kredit: Ayuhak Makanan