resepi mee rebus utara

Resepi mee rebus utara memang menjadi kegemaran ramai. Kuahnya likat, pekat dan penuh rasa! Sekali rasa, confirm tak jemu.

Di Malaysia, mee rebus ada pelbagai versi, berbeza ikut negeri dan kawasan. Sesekali, seronok juga cuba resipi baru, kan?

Kalau nak cuba mee rebus versi utara, Saudara Saiful Nasuha ada kongsikan resipinya. Jom cuba masak!

Baca juga: Resipi Mi Goreng Basah Yang Pekat Elok, ‘Berlemoih’ Mulut Bila Makan!

RESEPI MEE REBUS UTARA

resepi mee rebus utara

Bahan-bahan (Untuk 1 bungkus mee):

  • Daging (secukupnya)
  • 3 batang ubi keledek
  • 3 biji ubi kentang
  • 6 tangkai cili kering (direbus)*
  • Sedikit kacang (disangai & dikisar kering)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 4 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • ½ inci halia*
  • Sedikit udang kering*
  • Sedikit rempah kari daging

Cara-cara:

  1. Rebuskan daging terlebih dahulu sehingga empuk (jangan buang air rebusan).
  2. Rebus ubi keledek dan ubi kentang, kemudian kisar hingga halus.
  3. Kisar bahan bertanda * hingga halus.
  4. Tumis serai, bahan kisar dan rempah kari daging sehingga pecah minyak.
  5. Tuangkan ubi yang telah dikisar ke dalam periuk bersama air rebusan daging.
  6. Masukkan kacang yang telah dikisar.
  7. Tambahkan sedikit air (pastikan kuah tidak terlalu cair atau pekat).
  8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  9. Masak sehingga kuah menjadi sebati dan mesra.

Bahan hiasan:

  • Telur rebus
  • Daun sup & daun bawang
  • Cili besar (dihiris serong)
  • Bawang goreng
  • Tauhu
  • Tauge
  • Limau nipis

Sumber: Nasuha Saiful

Baca juga: Resepi Mee Hailam Simple, Letak Bahan ‘Ini’ Terus Kuah Jadi Pekat Banjir!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN