simpan cili

Simpan cili dalam botol boleh tahan 8 bulan, betul ke? Tak pernah dengar lagi kan.

Cili memang wajib ada di dapur kita kerana boleh kata setiap hari digunakan dalam masakan. Biasanya kita akan terus beli dalam jumlah yang banyak. Tapi bila dah beli banyak dan simpan lama dalam peti sejuk, cili mula buruk dan busuk.

Sayang dan rugi sebab cili agak mahal harganya. Disebabkan itu macam-macam cara dan tip dikongsi untuk memastikan cili ini boleh disimpan lama.

Selain simpan dalam bekas yang dialas tisu atau letak bawang putih ini, ada satu lagi kaedah yang lagi berkesan supaya cili kekal segar dalam tempoh yang lama. 8 bulan pun masih elok lagi. Tip ini dikongsi oleh Puan Haslinda.

TIP SIMPAN CILI, 8 BULAN PUN MASIH SEGAR

“Jiran berkebun tuai berkilo kilo cili besar. Dia beri saya cili bulan Januari. Saya letak dalam botol mineral dan simpan dalam peti sejuk. Sekarang dah hampir 8 bulan, semuanya masih segar.”

Selain cili besar, cara ini juga boleh digunakan untuk menyimpan cili api. Ini langkah yang perlu dilakukan untuk:

1. Basuh dan tos cili supaya kering.

2. Sediakan botol mineral kosong kemudian masukkan cili tadi di dalamnya. Tak perlu buang tangkai.

3. Selepas masukkan cili, tutup botol dengan penutup.

4. Simpan botol berisi cili dalam peti sejuk di ruang letak sayur.

Selain cili tahan lama, boleh juga guna semula botol mineral.

Kredit: Has Linda

Baca juga: Cara Paling Mudah Buat Stok Cili Kisar. Tak Perlu Potong, Buang Biji Atau Rebus!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN