Categories: Resipi

Resipi Kuih Sopang Negeri Sembilan, Ini Teknik Kukus Supaya Cantik & Tak Pecah

Ramadhan memang sinonim dengan kuih-muih tradisional yang manis dan lembut. Salah satu yang paling popular ialah kuih sopang Negeri Sembilan.

Kuih ini menjadi kegemaran ramai kerana teksturnya yang kenyal, inti kelapa yang manis dan aroma pandan yang wangi semasa dikukus.

Selain versi hijau dan putih tradisional, anda juga boleh cuba variasi lain seperti labu kuning atau pulut hitam untuk kelainan rasa dan warna.

Baca juga: Resipi Kuih Nekbat ‘Rare’ Dari Kelantan, Rasa Lembut & Manis Pasti Memikat Hati!

RESEPI KUIH SOPANG NEGERI SEMBILAN

Bahan Inti Kelapa:

  • Kelapa parut secukupnya
  • Gula Melaka secukup rasa
  • Gula putih secukup rasa
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit garam

Bahan Doh Kuih:

  • 1 bungkus tepung pulut
  • 3 sudu tepung gandum (untuk efek sedikit kenyal)
  • Air garam secukupnya

Bahan Dadih:

  • Santan daripada 1 biji kelapa
  • 3 sudu tepung beras
  • Sedikit garam

Cara-Cara Penyediaan:

  1. Untuk membuat doh,Gaul tepung pulut, tepung gandum dan air garam hingga menjadi doh lembut. Rehatkan doh selama 10 minit.
  2. Alas talam dengan plastik atau daun pisang untuk aroma lebih wangi. Oles sedikit minyak supaya kuih tidak melekat.
  3. Ambil sehelai plastik, sapu sedikit minyak. Ambil doh secukupnya (jangan terlalu banyak, nanti kuih besar). Leperkan doh di atas plastik, letak inti kelapa, kemudian lipat doh dengan kemas. Pastikan doh tidak pecah.
  4. Sebelum dikukus, boleh tambah sedikit dadih di atas kuih supaya tenggelam sedikit dalam gam.
  5. Kukus selama 10–15 minit hingga kuih masak.
  6. Kuih sopang kini sedia dihidang. Nikmati selagi hangat untuk rasa lembut dan inti manis yang terbaik.

Sumber: Bang Cik

Baca juga: Resipi Kuih Bakar Pandan Legend, Tekstur Lembut & Permukaan Atas Garing Elok

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

2 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

2 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

2 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

2 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

2 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

2 days ago