nekbat kelantan

Kuih nekbat merupakan salah satu kuih tradisional terkenal di Kelantan yang lembut, manis dan mudah dibuat. Dengan bahan-bahan yang ringkas dan langkah penyediaan yang mudah, sesiapa pun boleh cuba resepi kuih nekbat ini di rumah.

Resepi kuih nekbat Kelantan ini menggunakan tepung beras, telur dan sira manis yang diharumkan dengan daun pandan. Setiap gigitan pasti memberi rasa nostalgia dan memikat selera sesiapa sahaja yang mencubanya.

Selain itu, kuih nekbat juga sesuai dibuat menggunakan acuan bahulu untuk mendapatkan bentuk yang cantik dan lebih menarik untuk hidangan.

Baca juga: Resipi Agar-Agar Lumut Pandan Yang Wangi & Lembut Berlemak, Paling Sedap Dimakan Sejuk

CARA BUAT KUIH NEKBAT KELANTAN

Bahan-bahan kuih:

Bahan-bahan sira:

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng tepung beras tanpa minyak dalam kuali atas api sederhana sehingga kering. Tutup api dan biarkan tepung sejuk sepenuhnya.
  2. Pukul telur hingga kembang dan ringan berbuih. Taburkan tepung yang telah disangai sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur sambil dikacau rata.
  3. Panaskan acuan dan sapukan sedikit minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar sehingga permukaan kekuningan.
  4. Untuk sira, masukkan dua gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Didihkan air gula, kemudian masukkan daun pandan. Setelah itu, masukkan 10 biji kuih nekbat dan biarkan sira meresap.
  5. Angkat kuih nekbat bersama sira dan hidangkan. Kuih ini enak dinikmati ketika masih suam atau sejuk.

Tips tambahan:

  • Nisbah gula: 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat untuk rasa manis yang seimbang.
  • Boleh gunakan acuan bahulu untuk hasil kuih yang lebih menarik dan berbentuk kemas.
  • Pastikan tepung beras disangai sehingga kering sepenuhnya untuk mengelakkan kuih lembik.

Sumber resipi dan gambar: Kokoci.com, Siti Nur Zafikah

Baca juga: Cara Buat Puteri Ayu Red Velvet Cheese, Versi Lebih Moden Ini Boleh Tahan Sedap Juga!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN