Kalau sedang mencari resepi tart nenas yang confirm menjadi, versi ini antara yang paling mudah dan lembut. Dohnya tidak keras, senang ditekan dan hasil tart cantik berkilat seperti yang selalu viral setiap kali musim Raya. Resipi ini diinspirasikan daripada perkongsian popular di Facebook yang ramai pengguna cuba dan berjaya.
Tart nenas ini sesuai untuk buat dalam jumlah banyak, rasa pun klasik seperti biskut homemade sejak dulu.
Baca juga: Biskut Cornflakes Madu Rangup & Manis, Kuih Raya Paling Senang Buat & Paling Cepat Habis!
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Pukul buttercup dan gula ising hingga sebati dan sedikit kembang.
2. Masukkan minyak sapi dan gaul rata.
3. Tambahkan tepung jagung dan tepung kastard.
4. Masukkan tepung gandum secara berperingkat sehingga doh lembut dan tidak melekat di tangan.
5. Tekan doh menggunakan acuan, isi jem nenas dan bentukkan.
6. Susun atas loyang, sapu kuning telur.
7. Bakar sehingga masak dan warna keemasan.
Tip Penting Supaya Tart Elok Dan Tak Retak
Kenapa Resepi Tart Nenas Ini Selalu Jadi Pilihan?
Doh mudah diurus, bahan ringkas, hasil tart lembut dan rapuh, semua ciri yang pengguna cari bila membuat tart nenas. Sesuai untuk pemula atau yang nak siapkan banyak untuk raya.
Selamat mencuba!
Sumber: Wan Suhairah Wan Dahalan
Baca juga: Resipi Biskut Arab Suji Paling ‘Sempoi’, Gentel-Gentel Terus Siap & Pasti Cair Di Mulut
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…