
Resepi kuih bakar pandan antara kuih tradisional yang digemari ramai dari dulu sampai ke hari ini. Teksturnya lembut, lemak manisnya cukup rasa dan aroma pandan memang wangi semerbak.
Kalau nak buat lebih menarik, boleh tabur bijan di atasnya. Tapi kalau anak-anak tak suka bijan, boleh kurangkan atau tak letak langsung.
Jika ada yang ingin mencuba buat sendiri kuih ini di rumah, boleh lihat perkongsian penuh yang dikongikan oleh Puan Nor Khomariah Norrohman di bawah.
Baca juga: Resipi Kuih Lopes Guna Rice Cooker Lagi Mudah, Dah Tak Payah Balut Daun Pisang!
RESEPI KUIH BAKAR PANDAN

Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air pandan (kisar 10 helai daun pandan dengan 2 cawan air)
- 2 cawan santan
- 1 cawan gula (kalau suka manis, boleh tambah ¼ cawan lagi; resepi ini manis sederhana)
- 4 biji telur
- Secubit garam
- Sedikit pewarna hijau (jika suka)
- Bijan untuk taburan (jika suka)
Cara-cara penyediaan:
- Campur semua bahan dalam kisar dan kisar hingga sebati.
- Tapis adunan ke dalam acuan pilihan. Tabur bijan di atas kuih jika suka.
- Sapu sedikit minyak pada acuan terlebih dahulu, terutama jika menggunakan acuan kemboja, supaya kuih tidak melekat. Panaskan acuan sebentar di atas dapur sebelum letak adunan.
- Panaskan oven selama 10–15 minit pada suhu 180°C. Letakkan kuih di rak tengah dan bakar selama 1 jam 15 minit menggunakan api atas-bawah.
- Untuk permukaan kuih yang garing, tambah masa 5–10 minit dan letak kuih di rak paling atas dengan suhu 200°C (api atas sahaja).
- Setelah masak, biarkan kuih dalam oven, buka sedikit pintu oven. Kemudian keluarkan dan biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong. Kuih yang panas masih lembik dan mudah pecah.
Sumber: Nor Khomariah Norrohman
Baca juga: Resipi Kuih Onde-Onde Kenyal & Meletup Dalam Mulut, Inti Gula Melaka Cair Meleleh!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














