
Ramadhan memang sinonim dengan kuih-muih tradisional yang manis dan lembut. Salah satu yang paling popular ialah kuih sopang Negeri Sembilan.
Kuih ini menjadi kegemaran ramai kerana teksturnya yang kenyal, inti kelapa yang manis dan aroma pandan yang wangi semasa dikukus.
Selain versi hijau dan putih tradisional, anda juga boleh cuba variasi lain seperti labu kuning atau pulut hitam untuk kelainan rasa dan warna.
Baca juga: Resipi Kuih Nekbat ‘Rare’ Dari Kelantan, Rasa Lembut & Manis Pasti Memikat Hati!
RESEPI KUIH SOPANG NEGERI SEMBILAN

Bahan Inti Kelapa:
- Kelapa parut secukupnya
- Gula Melaka secukup rasa
- Gula putih secukup rasa
- 2 helai daun pandan
- Sedikit garam
Bahan Doh Kuih:
- 1 bungkus tepung pulut
- 3 sudu tepung gandum (untuk efek sedikit kenyal)
- Air garam secukupnya
Bahan Dadih:
- Santan daripada 1 biji kelapa
- 3 sudu tepung beras
- Sedikit garam
Cara-Cara Penyediaan:
- Untuk membuat doh,Gaul tepung pulut, tepung gandum dan air garam hingga menjadi doh lembut. Rehatkan doh selama 10 minit.
- Alas talam dengan plastik atau daun pisang untuk aroma lebih wangi. Oles sedikit minyak supaya kuih tidak melekat.
- Ambil sehelai plastik, sapu sedikit minyak. Ambil doh secukupnya (jangan terlalu banyak, nanti kuih besar). Leperkan doh di atas plastik, letak inti kelapa, kemudian lipat doh dengan kemas. Pastikan doh tidak pecah.
- Sebelum dikukus, boleh tambah sedikit dadih di atas kuih supaya tenggelam sedikit dalam gam.
- Kukus selama 10–15 minit hingga kuih masak.
- Kuih sopang kini sedia dihidang. Nikmati selagi hangat untuk rasa lembut dan inti manis yang terbaik.
Sumber: Bang Cik
Baca juga: Resipi Kuih Bakar Pandan Legend, Tekstur Lembut & Permukaan Atas Garing Elok
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














