Sekali pandang, nampak seperti Kuih Tepung Pelita tapi sebenarnya bukan. Ramai yang tak tahu tentang resepi Kuih Limas yang merupakan kuih tradisi negeri Perak ini.
Bentuknya juga seakan Kuih Tepung Pelita membuatkan ramai keliru, tapi apa yang membezakannya adalah pada bahan yang digunakan.
Kuih Limas menggunakan tepung gandum manakala Kuih Tepung Pelita menggunakan tepung beras. Rasanya yang lemak manis membuatkan sesiapa pun menyukainya.
Jika anda teringin tahu bagaimana rasanya, boleh cuba resepi Kuih Limas yang dikongsikan oleh Jaja Noriza di Facebook ini.
Baca juga: Cara Mudah Buat Tepung Pelita Versi Kacau, Satu Adunan Dapat 25 Bekas!
Bahan-bahan lapisan bawah:
Bahan-bahan lapisan atas:
Bahan-bahan lain:
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati, kemudian tapis dan ketepikan.
2. Campurkan semua bahan lapisan atas pula dan kacau rata, kemudian tapis dan ketepikan.
3. Panaskan kukusan dan susun kelongsong dan isi 1 sudu besar gula.
4. Apabila air sudah mendidih, masukkan adunan lapisan bawah (hijau).
5. Kukus selama 12 minit menggunakan api sederhana. Bila sudah masak, sejukkan sebentar supaya bila tuang adunan lapisan atas, kuih tidak bercampur.
6. Apabila lapisan hijau sudah sedikit sejuk, masukkan pula adunan lapisan atas. (Nak lebih mudah, tuang guna senduk perlahan-lahan)
7. Kukus sekali lagi selama 10 hingga 12 minit menggunakan api sederhana. Apabila sudah masak, tutup api. Siap!
Antara tips dikongsikan oleh Jaja Noriza dalam resepi Kuih Limas ini ialah:
Kuih ini boleh dinikmati ketika suam atau pun sejukkan di dalam peti ais terlebih dahulu.
Selamat mencuba!
Sumber: Jaja Noriza
Baca juga: Cara Buat Kuih Limas Guna Sukatan Cawan, Resipi Asli Tradisi Orang Perak
Terdapat banyak tips memasak yang berguna untuk dipraktikkan pada bulan puasa ini. Salah satunya adalah…
Pernah makan roti bakar di kedai kopitiam sampai tertanya-tanya tentang resipinya. Jadi, kami akan tunjukkan…
Resepi air katira ini bukanlah asli dari negeri Johor. Tapi sudah memadai sekadar untuk membasahi…
Ramai yang suka masak ikan cencaru secara bakar kerana isinya yang begitu manis dan sedap.…
Ramai yang cari Ayam Percik di bazar Ramadan sebagai juadah berbuka puasa. Jika teringin sangat…
Jom cuba resepi kari udang bersama bendi ini. Rasanya memang padu dan sangat menyelerakan. Resipi…