Categories: Resipi

Resepi Ayam Percik Merah Meleleh, Kuah Tersalut Elok, Manisnya Cukup Rasa

Ramai yang cari Ayam Percik di bazar Ramadan sebagai juadah berbuka puasa. Jika teringin sangat tapi tak sempat ke bazar, boleh buat sendiri dengan resepi Ayam Percik Merah ini.

Ayam Percik cukup popular di negeri-negeri bahagian Timur Semenanjung Malaysia yang menggunakan daging ayam dibakar, kemudian dilumurkan dengan kuah percik yang lazat.

Hawa Honey telah kongsikan resepi Ayam Percik Merah di Facebook dengan kuah yang tersalut elok pada ayam dan membuatkan ramai terliur melihatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Ayam Percik Kelantan, Cikgu Ini Kongsi Tips Untuk Tambah Lagi Sedap

RESEPI AYAM PERCIK MERAH

Bahan-bahan untuk perapan ayam:

  • ½ ekor ayam
  • 1 biji bawang merah atau besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 sudu jintan manis (dikisar)
  • 1 sudu ketumbar (dikisar)
  • Gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk kuah:

  • 1 biji bawang merah atau besar
  • 2 labu bawang putih
  • 10 tangkai lada kering atau ikut kepedasan (direbus dan dikisar)
  • 1 inci halia
  • ½ sudu serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • ¼ santan kotak
  • Gula Melaka (ikut citarasa)
  • 2 sudu sos cili
  • Gula, garam dan perasa

Cara-cara menyediakan ayam:

1. Mula-mula, kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai.

2. Selepas itu, gaulkan semua bahan bersama ayam.

3. Kemudian, boleh perap selama 3 jam.

4. Selepas perap, boleh dibakar.

Cara-cara menyediakan kuah:

1. Mula-mula, kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai ditumis sampai pecah minyak.

2. Kemudian, masukkan lada yang dikisar dan serbuk kunyit ditumis sampai lada betul-betul masak.

3. Selepas itu, masukkan sedikit air untuk cairkan kuah.

4. Masukkan ¼ santan kotak dan 3 sudu sos cili, kemudian biar sampai mendidih.

5. Akhir sekali, masukkan 3 sudu gula (ikut citarasa), garam dan perasa.

Anda pasti kagum dan puas hati dengan hasil daripada resepi Ayam Percik Merah ini kerana kuahnya cukup manis dan sedap dimakan bersama ayam yang baru dibakar.

Sedikit tips dalam resepi ini, ayam yang dibakar menggunakan arang perlu dicelup panas-panas ke dalam kuah percik supaya kuahnya jadi lebih sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Hawa Honey

Baca juga: Senangnya Buat Ayam Percik Air Fryer Di Rumah, Isi Pun Lebih ‘Juicy’ Dan Lazat!

Aimi

Recent Posts

Sosej Ayam Homemade Untuk Diet & Buat Stok Makanan, Guna Isi Ayam Dan Sayur Saja!

Sedang mencari idea menu diet yang mudah disediakan dan boleh dijadikan stok makanan di rumah?…

11 mins ago

Resipi Araittuvitta Mutton Kuzhambu, Kari Kambing ‘Pure’ Dengan Rempah Sangai Buat Kuah Lebih Harum!

Resipi kari kambing ini menggunakan teknik masakan tradisional India yang dikenali sebagai Araittuvitta Mutton Kuzhambu.…

1 hour ago

Ayam Masak Ketumbar Cili Padi, Masak Sampai Naik Bau Memang Buat Bertambah Nasi!

Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…

2 hours ago

Resipi Sos Thai Homemade, Tekstur Pekat Likat Memang Puas Nak Cicah Dengan Apa Pun!

Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…

3 hours ago

Cara Buat Scone Homemade Guna Tepung Kek, Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam!

Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…

4 hours ago

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

20 hours ago