Categories: Resipi

Cara Buat Air Katira Versi Mudah & Sedap, Resipi Daripada Penjual Bazar Ramadan

Resepi air katira ini bukanlah asli dari negeri Johor. Tapi sudah memadai sekadar untuk membasahi tekak yang kering selepas seharian berpuasa.

Sebenarnya resipi ini telah dikongsikan oleh seorang penjual di bazar Ramadan. Cara yang dikongsikan ini cukup ringkas tapi sedap.

Jika malas untuk ke bazar Ramadan, anda boleh cuba membuatnya sendiri di rumah. Selain itu, anda juga boleh mengawal tahap kemanisan air mengikut selera masing-masing.

Baca juga: Resipi Air Jus Kedondong Asam Boi Asli, Rasa Masam Manis Memang Sejuk Tekak Dibuatnya!

RESEPI AIR KATIRA VERSI SIMPLE DAN SEDAP

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 1 penutup botol esen pisang (ikut ukuran penutup botol esen)
  • Pewarna hijau
  • Gula mengikut tahap kemanisan yang disukai
  • Cincau
  • Biji selasih (rendam dengan air panas bagi kembang dulu)

Cara-cara:

  1. Mula-mula, satukan susu cair, susu pekat, esen pisang, pewarna, air, ais dan gula dan satu bekas besar.
  2. Kacau sebati semua bahan sehingga gula larut sepenuhnya. Anda boleh sesuaikan kadar gula mengikut tahap kemanisan yang diingini.
  3. Setelah bahan-bahan tadi sudah tercampur rata, masukkan pula cincau serta selasih.
  4. Kacau lagi supaya semua bahan sebati.
  5. Setelah semuanya tercampur dengan baik, air katira sedia untuk dinikmati.

Sumber: Mickeyy Deraken

Baca juga: Resipi Air Jus Kedondong Asam Boi Asli, Rasa Masam Manis Memang Sejuk Tekak Dibuatnya!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

13 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

14 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

14 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

15 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

15 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

18 hours ago