Categories: Resipi

Rahsia Ikan Cencaru Sumbat Sambal Sedap Memikat, Kena Perah Sedikit Limau Nipis

Ramai yang suka masak ikan cencaru secara bakar kerana isinya yang begitu manis dan sedap. Selain dibakar, anda juga boleh buat Ikan Cencaru Sumbat Sambal yang sedap di rumah.

Ikan Cencaru Sumbat Sambal sering jadi pilihan lauk di kedai nasi campur dan ada rahsia untuk jadikannya lebih sedap. Apabila makan, selera pun boleh terangkat dibuatnya.

Perkongsian resipi oleh BellaNasz Nasz di Facebook sangat menarik untuk anda jadikan sebagai sajian buat keluarga tersayang di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: 5 Jenis Ikan Sedap Dibakar Dengan Isi Manis, Masak Kosong Saja Pun Sedap!

RESIPI IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan cencaru (gaul dengan kunyit dan garam)
  • 15 tangkai cili kering (direbus)
  • 3 biji cili merah besar
  • 1 biji tomato (tak nak letak pun boleh)
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia dan 1 biji limau nipis
  • 3 helai daun limau purut (carik-carikkan)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato (dihiris)
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar cili kering bersama bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan tomato.

2. Selepas itu, kisar tapi jangan sampai halus sangat.

3. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun limau purut sampai pecah minyak.

4. Seterusnya, perasakan gula, garam dan sedikit perahan limau nipis.

5. Masukkan bawang hiris dan tomato, kemudian sumbat sambal di bahagian belakang ikan.

6. Akhir sekali, boleh bakar atau goreng ikan sampai garing. Siap untuk dihidang!

Tak kisahlah nak bakar atau goreng sekalipun, tapi Ikan Cencaru Sumbat Sambal ini cukup memikat selera kerana rasa masam, manis dan pedasnya kena dengan citarasa.

Jika anda ingin mempelbagaikan resipi untuk hidangan di rumah, boleh ganti ikan cencaru dengan menggunakan jenis ikan lain seperti bawal, kembung, siakap dan banyak lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: BellaNasz Nasz

Baca juga: Ikan Cencaru Masak Kicap, Cuba Sekali Terus Tak Pandang Lauk Lain

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago