Categories: Resipi

Resepi Kuih Lapis Gedik Sukatan Cawan, Kukus 5 Minit Dah Jadi Lembut Berlapis Cantik!

Kalau anda tengah cari resepi kuih lapis gedik, ini versi paling mudah yang ramai dah cuba dan menjadi. Tekstur dia lembut, kenyal manja, lemak santan dan warna berlapis memang buat tak sabar nak makan walaupun masih panas.

Menariknya, resipi ini hanya guna sukatan cawan dan teknik kukus 5 minit setiap lapisan saja. Tak perlu pengalaman tinggi pun, beginner pun boleh buat jadi cantik!

Baca juga: Resipi Karipap Rangup Ala Kuala Lipis, Sambal Pedas Padu & Kulit Rangup Meletup Di Mulut

RESEPI KUIH LAPIS GEDIK

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras (cap teratai)
  • ¾ cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 4 ½ cawan santan
  • 1 cawan gula (boleh kurangkan ikut selera)
  • ½ sudu teh garam
  • Pewarna makanan ikut suka

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati.

2. Tapis adunan supaya tekstur lebih halus dan cantik.

3. Bahagikan kepada 2 atau beberapa bahagian, kemudian letakkan pewarna pilihan.

4. Sapu minyak pada loyang (saiz 8 inci) atau acuan supaya tak melekat.

5. Panaskan kukusan hingga air betul-betul mendidih.

6. Tuang lapisan pertama dan kukus selama 5 minit.

7. Tambah lapisan seterusnya dan ulang hingga habis adunan.

8. Lapisan terakhir kukus selama 15 minit supaya masak sempurna.

9. Biarkan kuih sejuk dahulu sebelum potong.

Tips Kuih Lapis Gedik Jadi Cantik

  • Air kukusan mesti mendidih dulu baru mula kukus
  • Balut penutup kukus dengan kain supaya air tak menitik
  • Gunakan api besar untuk lapisan sekata
  • Jangan potong masa panas, nanti rosak lapisan

Kenapa Dipanggil Kuih Lapis Gedik?

Istilah “gedik” itu datang daripada tekstur dia yang lembut, kenyal dan sedikit bergoyang bila digerakkan. Bila makan pula, rasa lemak santan dan manis seimbang memang buat ketagih.

Sesuai Untuk Hidangan Apa?

  • Sarapan pagi cepat
  • Minum petang santai
  • Juadah berbuka puasa
  • Kudapan anak-anak

Ramai yang dah cuba resepi kuih lapis gedik ini memang kata menjadi walaupun pertama kali buat. Yang paling mencabar cuma satu, nak tunggu kuih sejuk sebelum potong!

Kalau anda nak kuih tradisional yang simple tapi nampak premium, ini antara resipi wajib cuba. Simpan dulu, nanti boleh buat bila teringin!

Selamat mencuba!

Sumber: Faizah AF

Baca juga: Resepi Seri Muka Pandan ‘Gedik’ Sukatan Cawan, Pulut Lembut & Lapisan Atas Berlemak Cantik

Aimi

Recent Posts

Resipi Kerang Masak Serai, Bau Tumisan Halia & Bawang Putih Naikkan Selera Makan!

Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…

6 hours ago

Muruku Rangup Dan Tak Mudah Lemau, Ini 5 Tip Penting Yang Ramai Tak Tahu!

Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…

8 hours ago

Biskut Red Pearl Pernah Dijual RM22 Sebalang, Ini Resipi Legend Yang Mudah Dibuat!

Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…

9 hours ago

Colek Jemput Malas Guna 1kg Tepung Gandum, Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Dan Jimat!

Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…

10 hours ago

Cara Mudah Buat Cream Puff Inti Kastard, Saiz Kecil Molek Senang Nak Ngap!

Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…

10 hours ago

Resipi Muruku Mentega Yang Rangup Berlemak, Makan Segulung Gerenti Tak Cukup!

Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…

10 hours ago