resepi seri muka pandan

Kuih tradisional memang tidak pernah lapuk ditelan zaman. Antara yang sentiasa menjadi pilihan ramai ialah resepi seri muka pandan, kuih dua lapisan yang menggabungkan pulut berlemak di bawah dan kastard pandan lembut di bahagian atas.

Resipi ini dikongsikan oleh penyanyi terkenal Malaysia, Amylea Ibrahim. Menurut beliau, versi ini dipanggil Seri Muka Gedik kerana teksturnya sangat lembut, lemak dan cukup rasa.

Lebih menarik, resepi seri muka pandan ini menggunakan sukatan cawan yang mudah dan sesuai untuk mereka yang baru belajar membuat kuih tradisional.

Baca juga: Ramai Cuba & Repeat! Ini Cara Buat Kuih Ketayap Tanpa Telur Viral, Kulit Nipis & Tak Mudah Koyak

RESEPI SERI MUKA PANDAN GEDIK

resepi seri muka pandan

Bahan-bahan lapisan pulut (bawah):

  • 1 cawan pulut (rendam 30 minit)
  • 1 cawan santan
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula

Bahan-bahan pati pandan:

  • ½ cawan air
  • 2 – 3 helai daun pandan
  • 1 kulit kayu manis

Kisar semua bahan sehingga halus kemudian tapis.

Bahan-bahan lapisan atas:

  • 1 cawan santan pekat
  • ½ cawan tepung gandum
  • ¼ cawan + 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ cawan pati pandan yang telah ditapis (boleh tambah sedikit air untuk cukupkan ½ cawan)

Cara-cara penyediaan:

1. Kukus Lapisan Pulut

  • Campurkan pulut yang telah direndam bersama santan, garam dan gula.
  • Kukus sehingga pulut masak. Tanda pulut sudah masak ialah apabila ia tidak lagi berbiji dan kelihatan melekat lembut.

2. Ratakan Pulut Dalam Loyang

  • Gris loyang dengan sedikit minyak masak.
  • Tuangkan pulut ke dalam loyang (anggaran saiz 7 inci), ratakan dan tekan supaya padat.
  • Langkah ini penting supaya lapisan pandan melekat cantik pada pulut.

3. Sediakan Adunan Pandan

  • Kisar semua bahan lapisan atas sehingga sebati.
  • Kemudian tapis adunan supaya teksturnya lebih halus. Masak sebentar di atas api
  • sederhana sambil kacau sehingga naik wap.

4. Kukus Seri Muka

  • Tuangkan adunan pandan ke atas pulut dalam loyang.
  • Kukus selama 30 hingga 45 minit sehingga lapisan atas masak sepenuhnya.

5. Sejukkan Sebelum Potong

  • Biarkan kuih benar-benar sejuk sebelum dipotong supaya hasil potongan lebih kemas dan tidak pecah.

Petua Jadi Seri Muka Pandan Lembut

  • Gunakan santan pekat untuk rasa lebih lemak.
  • Tekan pulut dengan sudu supaya lapisan lebih padat.
  • Pastikan air kukusan sudah panas sebelum mengukus kuih.
  • Gunakan pisau yang disapu minyak untuk potongan lebih cantik.

Resepi seri muka pandan ini sangat sesuai untuk minum petang, jamuan keluarga atau hidangan kuih tradisional di rumah. Tekstur pulut yang lembut dengan kastard pandan yang berlemak memang membuatkan ramai jatuh cinta.

Sekali cuba resepi seri muka pandan ini, pasti akan jadi antara kuih kegemaran keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Amylea Ibrahim

Baca juga: Resepi Akok Dulu-Dulu Yang Masih Ramai Suka Sampai Sekarang, Lembut Bukan Main!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN