Categories: Resipi

Resipi Spaghetti Bolognese Ala Melayu, Pedas-Pedas Berkrim Memang Padu!

Kalau bosan dengan menu nasi, Spaghetti Bolognese ala Melayu ini memang menu penyelamat. Kuahnya pedas berkrim, aroma tumisan cili kisar pula buat anak-anak tak sabar nak makan.

Resipi Spaghetti Bolognese oleh Rosnie Artbyrose Deqnie Badrum sering dimasak untuk hidangan keluarga dan mendapat pujian anak-anak. Selain itu, ia sesuai dimasak untuk jamuan ringkas di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Ajar ‘Step By Step’ Cara Rebus Spaghetti Yang Betul, Tak Melekat Bila Masak!

RESIPI SPAGHETTI BOLOGNESE ALA MELAYU

Bahan-bahan:

  • 1 pek spaghetti
  • 1 sudu besar garam
  • Sos tomato puri secukupnya
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 botol sos pasta (perisa asli, cendawan atau tomato)
  • Sos carbonara
  • 2 biji bawang holland
  • 2 biji buah tomato
  • 1 biji lobak merah

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 biji cili kering (dikisar)

Bahan-bahan tambahan:

  • 200 hingga 400g daging kisar atau ayam kisar
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu sos cili dan sos tomato (pilihan, untuk rasa masam manis)
  • 1 kiub ayam atau kiub daging

Cara-cara penyediaan:

1. Didihkan air, masukkan garam dan minyak. Rebus spaghetti selama 8 hingga 10 minit sehingga lembut. Toskan dan ketepikan.

2. Panaskan sedikit butter atau minyak masak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili kisar sehingga naik bau dan garing sedikit.

3. Masukkan kiub ayam atau perasa dan daging kisar atau ayam kisar. Kacau sehingga daging masak dan hancur.

4. Masukkan bawang Holland, tomato dan lobak merah. Kacau dan masak sehingga sayur sedikit lembut.

5. Tuang sos pasta, sos tomato puri dan sos carbonara mushroom. Gaul rata sehingga sebati.

6. Tambahkan ½ cawan air supaya sos tidak terlalu pekat.

7. Masukkan lada hitam, oregano, garam dan gula secukup rasa. Jika suka, boleh tambah sos cili dan sos tomato.

8. Masak selama 3 hingga 5 minit dengan api sederhana sehingga sos pekat dan berkilat.

Tips tambahan:

  • Tumis cili kisar terlebih dahulu untuk rasa pedas yang lebih mesra tekak Melayu.
  • Boleh gantikan daging dengan ayam untuk versi lebih ringan.
  • Sesuai untuk bekal anak ke sekolah atau hidangan hujung minggu.

Jika anda sedang cari resipi Spaghetti Bolognese yang mudah tapi pasti menjadi, resipi ini memang wajib cuba. Jangan lupa simpan dan kongsikan dengan kawan-kawan.

Selamat mencuba!

Sumber: Rosnie Artbyrose Deqnie Badrum

Baca juga: Cara Buat Spaghetti Carbonara Paling Creamy, Sedap Setanding Kedai Western!

Aimi

Recent Posts

Resipi Nasi Dagang Yang Lembut Berderai, Lengkap Dengan Gulai Ikan & Acar Timun

Kalau teringin nasi dagang Terengganu yang lengkap, hidangan ini boleh dibuat sendiri di rumah. Nasi…

28 mins ago

“Sehari Rajin, Sebulan Malas” – Wanita Ini Kongsi Rahsia Masak 2-3 Kali Sehari Walaupun Bekerja

Bagi wanita yang bekerja, nak masak setiap hari memang boleh jadi satu cabaran, lebih-lebih lagi…

32 mins ago

Tak Perlu Rempah Korea, Resepi Sundubu Jjigae Ini Guna Bahan Yang Ada Di Rumah Sahaja!

Resepi sundubu jjigae ini sesuai untuk dicuba di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah ditemui…

37 mins ago

Rahsia Kek Pisang Marble Lembut, Gebu & Moist, Cantik Coraknya Bila Dipotong!

Kek pisang marble ini sesuai dibuat kalau ada pisang yang sudah masak di rumah. Teksturnya…

43 mins ago

Kek Coklat Moist Mudah, Sukat Guna Cawan & Tak Perlu Banyak Bahan

Kalau anak-anak tiba-tiba teringin kek coklat ketika cuti sekolah, tak perlu pening fikir resipi yang…

2 hours ago

Rupanya Buat Puding Jagung Tak Susah, Campur Semua Bahan & Masak Sampai Pekat!

Kalau ada jagung tin tersimpan dalam kabinet dan sudah lama tidak terusik, boleh cuba buat…

2 hours ago