
Cara buat kuih getas sebenarnya sangat mudah dan tidak memerlukan kemahiran khas. Kuih tradisional ini terkenal dengan bahagian luarnya yang rangup, bahagian dalam yang lembut serta disaluti gula sira manis yang melekat cantik.
Walaupun bahan yang digunakan ringkas, hasilnya tetap sedap dan membuatkan ramai orang suka. Dengan gabungan tepung pulut, kelapa parut dan santan, kuih ini mempunyai rasa lemak manis yang memikat hati semua.
Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Keledek Ungu, Tanpa Santan & Air Kapur Tapi Tetap Kenyal
CARA BUAT KUIH GETAS

Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan tepung beras
- 1 biji kelapa parut
- Secubit garam
- 1/2 cawan santan (untuk menguli, masukkan sedikit demi sedikit sehingga doh lembut dan tidak melekat)
Cara membuat:
- Campurkan tepung pulut, tepung beras, kelapa parut dan garam di dalam satu bekas. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk. Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bulat kecil. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng kuih sehingga keemasan. Angkat dan toskan.
Bahan sira:
- 1/2 cawan air
- 1/2 cawan gula
Cara membuat sira:
- Panaskan air di dalam kuali, kemudian masukkan gula. Kacau dan biarkan sehingga gula menggelegak dan menjadi pekat.
- Masukkan kuih getas yang telah digoreng tadi dan gaul cepat sehingga gula bersalut rata. Perlu berhati-hati pada langkah ini kerana gula mudah mengeras jika terlalu lama dimasak.
- Setelah siap, angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Cornelia Agatha
Baca juga: Resipi Kuih Puteri Ayu Guna Sukatan Cawan, Confirm Lembut & Wangi Memikat
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














