Categories: Resipi

Resipi Kuih Bakar Guna Blender, Cara Mudah Tapi Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Resepi kuih bakar anti gagal ini memang antara kuih tradisional yang makin ramai cuba di rumah sebab teksturnya yang unik, luar rangup tapi dalamnya lembut dan berlemak. Sekali makan memang susah nak berhenti.

Kalau selalu rasa kuih bakar susah nak jadi cantik atau asyik lembik, wajib cuba resipi ini pula. Tak perlu teknik pelik-pelik, cuma kisar semua bahan sahaja dah cukup.

Menariknya, cara ini juga tak terlalu manis dan sangat sesuai untuk hidangan minum petang bersama keluarga. Bau pandan dan santan dia memang wangi satu rumah!

Baca juga: Resipi Kuih Koci Labu Leleh Kesukaan Ramai, Inti Gula Melaka Lembap & Tak Kering

RESEPI KUIH BAKAR

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 1 cawan air pandan
  • 2 1/3 cawan santan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Bijan secukupnya (untuk taburan)
  • Sedikit minyak (untuk sapu loyang)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender. Kisar sampai adunan betul-betul halus dan sebati.
  2. Panaskan loyang atau acuan di atas dapur sekejap. Sapu sedikit minyak supaya tidak melekat.
  3. Taburkan bijan di dasar loyang untuk dapatkan aroma dan tekstur rangup di bahagian bawah kuih.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dipanaskan tadi.
  5. Masak di atas dapur sehingga tepi kuih mula garing dan naik bau wangi.
  6. Kemudian, pindahkan loyang ke dalam oven.
  7. Bakar pada suhu 200°C selama 20–30 minit atau sehingga bahagian atas kuih menjadi garing cantik.
  8. Bila dah masak, biarkan sejuk sekejap sebelum dipotong.

Sumber: Thread @masterhananumairah

Baca juga: Resipi Kuih Cara Crispy Yang Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Sebiji Tak Cukup!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

3 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

4 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

4 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

5 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

5 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

8 hours ago