
Resepi kuih bakar anti gagal ini memang antara kuih tradisional yang makin ramai cuba di rumah sebab teksturnya yang unik, luar rangup tapi dalamnya lembut dan berlemak. Sekali makan memang susah nak berhenti.
Kalau selalu rasa kuih bakar susah nak jadi cantik atau asyik lembik, wajib cuba resipi ini pula. Tak perlu teknik pelik-pelik, cuma kisar semua bahan sahaja dah cukup.
Menariknya, cara ini juga tak terlalu manis dan sangat sesuai untuk hidangan minum petang bersama keluarga. Bau pandan dan santan dia memang wangi satu rumah!
Baca juga: Resipi Kuih Koci Labu Leleh Kesukaan Ramai, Inti Gula Melaka Lembap & Tak Kering
RESEPI KUIH BAKAR

Bahan-bahan:
- 1 cawan gula
- 3 biji telur
- 1 cawan air pandan
- 2 1/3 cawan santan
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil garam
- Bijan secukupnya (untuk taburan)
- Sedikit minyak (untuk sapu loyang)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan semua bahan ke dalam blender. Kisar sampai adunan betul-betul halus dan sebati.
- Panaskan loyang atau acuan di atas dapur sekejap. Sapu sedikit minyak supaya tidak melekat.
- Taburkan bijan di dasar loyang untuk dapatkan aroma dan tekstur rangup di bahagian bawah kuih.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dipanaskan tadi.
- Masak di atas dapur sehingga tepi kuih mula garing dan naik bau wangi.
- Kemudian, pindahkan loyang ke dalam oven.
- Bakar pada suhu 200°C selama 20–30 minit atau sehingga bahagian atas kuih menjadi garing cantik.
- Bila dah masak, biarkan sejuk sekejap sebelum dipotong.
Sumber: Thread @masterhananumairah
Baca juga: Resipi Kuih Cara Crispy Yang Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Sebiji Tak Cukup!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














