Categories: Resipi

Resipi Kerang Rebus Cicah Sos Thai Yang Pedas Masam, Memang Buat Terliur!

Jom cuba sendiri dengan resepi kerang rebus yang mudah dan sedap ini. Hanya guna bahan ringkas, tapi rasa memang padu!

Kalau anda penggemar makanan Thai, pasti pernah tengok video mukbang orang Thailand makan kerang rebus dengan sos pencicah yang pedas, masam dan menyengat. Memang buat terliur!

Baca juga: Cara Bersihkan Segala Lumpur Dalam Perut Kerang, Hanya Guna ‘2 Bahan’ Dapur Ini

RESEPI KERANG REBUS SOS THAI

Bahan rebus kerang:

  • Air secukupnya
  • 2 batang serai (diketuk)
  • Sedikit garam
  • Kerang (dibersihkan secukupnya)
  • Ais untuk rendaman

Cara rebus kerang:

  1. Panaskan air dalam periuk.
  2. Masukkan serai dan garam.
  3. Bila air mula mendidih, masukkan kerang yang telah dibersihkan.
  4. Rebus selama 2 minit sahaja. Jangan terlalu lama, nanti kerang jadi liat.
  5. Angkat terus dan rendam dalam air berisi ais untuk hentikan proses memasak dan kekalkan kemanisan kerang.

Bahan sos thai padu:

  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji cili padi
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • Jus dari 3-4 biji limau nipis
  • Daun ketumbar secukupnya

Cara buat sos thai padu:

  1. Ketuk atau tumbuk kasar semua bahan kecuali daun ketumbar.
  2. Gaul rata. Tabur daun ketumbar sebelum dihidang.

Tip:

Nak sos lebih padu? Simpan dulu dalam peti sejuk sebelum makan. Cicah dengan kerang panas-panas. Fuhh, memang sedap sampai menjilat jari!

Sumber: Nur Allyssia

Baca juga: Petua Isi Kerang ‘Frozen’ Kembali Segar, Rasa Macam Baru Beli Dari Pasar!

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago