petua cuci kerang

Ini antara petua cuci kerang paling senang dan terbukti berkesan. Tak perlu bahan pelik-pelik, hanya guna garam dan cili kering pun dah cukup untuk buang lumpur dari dalam perut kerang.

Kerang memang enak dimasak sambal, rebus, bakar atau masak lemak. Namun, kalau tak dibersihkan betul-betul, rasa boleh jadi berpasir dan hanyir.

Oleh itu, jom MyResipi kongsikan satu tip berguna dan berkesan untuk membersihkan kerang dengan mudah dan cepat.

Baca juga: Petua Isi Kerang ‘Frozen’ Kembali Segar, Rasa Macam Baru Beli Dari Pasar!

PETUA CUCI KERANG UNTUK BUANG LUMPUR DARI DALAM PERUTNYA

petua cuci kerang

Bahan-bahan:

  • Segenggam garam kasar
  • Beberapa tangkai cili kering
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Masukkan kerang ke dalam bekas besar dan isikan air hingga menenggelamkan semuanya.
  2. Tambahkan segenggam garam kasar dan beberapa tangkai cili kering.
  3. Biarkan kerang direndam selama kira-kira 30 minit.
  4. Sepanjang tempoh ini, kerang akan mengeluarkan lumpur dan kotoran dari dalam perutnya. Boleh nampak air mula jadi keruh.
  5. Selepas itu, bilas kerang beberapa kali hingga air kelihatan jernih dan bersih.
  6. Kerang sedia untuk dimasak kepada hidangan yang disukai.

Tip tambahan:

  • Pastikan kerang yang dibeli masih segar dan hidup. Kerang mati takkan ‘muntahkan’ lumpur dengan berkesan.

Sumber petua dan gambar: Shamsiah Mohamad

Baca juga: Cara Rebus Kerang Supaya Tak Kecut, Isi Gemuk-Gemuk & Lembut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN