resepi sotong masak hitam

Kalau cakap pasal lauk sotong, mesti ramai terus terbayang sotong goreng kunyit, sotong sambal atau sotong masak lemak kan? Tapi sebenarnya, ada satu lagi menu klasik yang makin jarang kita jumpa iaitu Resepi Sotong Masak Hitam.

Menu ini dimasak dengan serai dan bawang. Kuahnya pekat berwarna gelap dan ada rasa manis semula jadi daripada dakwat sotong. Resipi ini juga cukup mudah dan tak perlukan banyak bahan pun. Tak perlu tumis, cuma masukkan semua bahan dan biar mendidih atas dapur.

Aroma serai yang wangi bila bergabung dengan bawang memang buat kita tak sabar nak makan. Kuahnya yang hitam dan sedikit likat pula sangat padu bila dimakan panas-panas dengan nasi putih. Nampak saja simple, tapi rasa dia memang lain macam!

Jom cuba sendiri resepi sotong ketuk serai kuah hitam ini di rumah. Confirm licin pinggan!

Baca juga: Resipi Sotong Masak Kicap Pedas ‘Gebu’ Elok, Ikut Teknik Ini Tak Kecut & Tak Liat!

RESEPI SOTONG MASAK HITAM

resepi sotong masak hitam

Bahan-bahan:

  • 500 gram sotong kecil
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 gelas air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan sotong dengan teliti. Jangan buang dakwat hitamnya kerana ia akan menambahkan rasa manis semula jadi pada kuah.
  2. Ketuk bawang putih dan serai. Hiris bawang merah, kemudian masukkan semuanya ke dalam sotong yang telah dibersihkan.
  3. Tambahkan satu gelas air. Tidak perlu banyak kerana sotong akan mengeluarkan airnya sendiri semasa dimasak. Jika terlalu banyak air, kuah akan menjadi terlalu cair dan kurang sedap.
  4. Masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Siap untuk dihidang. Hidangan ini hanya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk disediakan.

Sumber: Cheyah Saripuddin

Baca juga: Resepi Sotong Goreng Tepung Tak Lari, Teknik Ini Dapat Rangup Sempurna!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN