Categories: Makan Sini Best

MyResipi Lancar Kempen “Makan Sini Best” Untuk Mencari Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang

Seiring dengan kecintaan rakyat Malaysia terhadap Nasi Lemak, MyResipi memperkenalkan kempen “Makan Sini Best”.

Ia adalah sebuah inisiatif komuniti untuk mencari dan meraikan gerai Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang, dengan penglibatan orang ramai sebagai penentu utama.

Kempen ini berlangsung dari Ogos hingga September 2025, dan akan menampilkan pencalonan awam, undian terbuka, serta sebuah acara penganugerahan khas yang dijadualkan pada 25 September 2025.

Baca Juga: Resepi Nasi Lemak Simple Dan Cepat Siap, Sedap Macam Beli Di Tepi Jalan

Apa Tu “Makan Sini Best”?

Kempen ini diwujudkan untuk memberi penghargaan kepada pengusaha makanan tempatan yang menjadi tulang belakang kepada hidangan ikonik negara, sambil mengangkat keunikan citarasa tempatan yang sering kali diwarisi turun-temurun.

“Menerusi ‘Makan Sini Best’, kami ingin memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memilih sendiri nasi lemak kegemaran mereka. Kami percaya suara komuniti adalah yang paling telus,” kata Muhamad Shaifullah Tayep, Penulis Kanan Kandungan Berjenama di REV Media Group.

Tiga Fasa Penyertaan

Kempen ini terbuka kepada orang ramai dan berlangsung dalam tiga fasa utama:

1. Fasa Pencalonan (9 – 23 Ogos 2025)

Pengguna boleh mencalonkan gerai atau restoran nasi lemak kegemaran mereka melalui komen di hantaran media sosial rasmi Facebook, Instagram dan TikTok MyResipi.
Maklumat diperlukan: Nama kedai, lokasi dan sebab pencalonan.

2. Fasa Undian (10 – 22 September 2025)

Lima calon dengan pencalonan tertinggi akan disenarai pendek. Orang ramai boleh mengundi pemenang melalui laman mikro khas www.myresipi.com/makansinibest

3. Pengumuman Pemenang (25 September 2025)

Sebuah acara mini akan diadakan untuk meraikan vendor yang dinobatkan sebagai “Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang”. Pemenang akan menerima plak penghargaan rasmi daripada MyResipi, produk tajaan Le Nona, di samping liputan khas di platform MyResipi.

Hadiah Menarik Menanti

Bagi menghargai sokongan komuniti MyResipi yang sentiasa aktif dan bersemangat dalam meraikan makanan tempatan, pelbagai peraduan dan hadiah eksklusif diperkenalkan sepanjang kempen Makan Sini Best.

Kempen ini bukan sahaja memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memilih nasi lemak kegemaran mereka, malah turut menawarkan hadiah menarik tajaan Le Nona.

Sepanjang fasa pencalonan, orang ramai boleh menyertai Peraduan Foto Nasi Lemak Paling Kreatif di Facebook MyResipi.

Pemenang akan menerima sebuah Le Nona Rosabelle Rice Cooker 1.8L sebagai penghargaan atas kreativiti mereka merakam detik menikmati nasi lemak.

Selain itu, dua peserta dengan komen paling meyakinkan tentang mengapa mereka dan seorang rakan wajar dirai di gerai pemenang juga akan dipilih.

Mereka bakal memenangi hadiah istimewa iaitu Le Nona Jumbo Rose Wok Set dan Le Nona Jumbo Rose Wok Set (Scarlet Edition).

Lebih menarik, mereka turut akan diraikan di gerai vendor nasi lemak yang dinobatkan sebagai pemenang utama.

Kemeriahan diteruskan dalam acara kemuncak pada 25 September 2025, di mana 100 pengunjung terawal akan menikmati nasi lemak percuma.

Tambahan pula, mereka juga akan menerima produk tajaan daripada jenama terkemuka seperti Sunshine Bakeries Malaysia dan ZUS Coffee.

Lebih mengujakan, pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi sebuah lagi Le Nona Rosabelle Rice Cooker 1.8L.

Kempen ini bukan sekadar meraikan nasi lemak sebagai makanan kebangsaan. Ia juga menjadi platform yang menyatukan komuniti, jenama tempatan dan pengusaha kecil dalam semangat bangga dan kekitaan.

Laman Mikro Khas

Segala maklumat berkaitan kempen, termasuk senarai calon, borang undian, video di sebalik tabir serta artikel berkaitan boleh diakses menerusi myresipi.com/makansinibest

“Kempen ini adalah ruang untuk kita mengetengahkan ‘wira-wira’ tempatan yang membangunkan industri makanan dari akar umbi, sambil merapatkan hubungan antara jenama, pengguna dan komuniti,” tambah Shaifullah.

Untuk info terkini, ikuti @myresipi di Instagram dan Facebook.

Shaifullah

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

15 hours ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

16 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

17 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

18 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

21 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

21 hours ago