
Jom cuba sendiri dengan resepi kerang rebus yang mudah dan sedap ini. Hanya guna bahan ringkas, tapi rasa memang padu!
Kalau anda penggemar makanan Thai, pasti pernah tengok video mukbang orang Thailand makan kerang rebus dengan sos pencicah yang pedas, masam dan menyengat. Memang buat terliur!
Baca juga: Cara Bersihkan Segala Lumpur Dalam Perut Kerang, Hanya Guna ‘2 Bahan’ Dapur Ini
RESEPI KERANG REBUS SOS THAI

Bahan rebus kerang:
- Air secukupnya
- 2 batang serai (diketuk)
- Sedikit garam
- Kerang (dibersihkan secukupnya)
- Ais untuk rendaman
Cara rebus kerang:
- Panaskan air dalam periuk.
- Masukkan serai dan garam.
- Bila air mula mendidih, masukkan kerang yang telah dibersihkan.
- Rebus selama 2 minit sahaja. Jangan terlalu lama, nanti kerang jadi liat.
- Angkat terus dan rendam dalam air berisi ais untuk hentikan proses memasak dan kekalkan kemanisan kerang.
Bahan sos thai padu:
- 5 ulas bawang putih
- 6 biji cili padi
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan
- 3 sudu besar gula pasir
- Jus dari 3-4 biji limau nipis
- Daun ketumbar secukupnya
Cara buat sos thai padu:
- Ketuk atau tumbuk kasar semua bahan kecuali daun ketumbar.
- Gaul rata. Tabur daun ketumbar sebelum dihidang.
Tip:
Nak sos lebih padu? Simpan dulu dalam peti sejuk sebelum makan. Cicah dengan kerang panas-panas. Fuhh, memang sedap sampai menjilat jari!
Sumber: Nur Allyssia
Baca juga: Petua Isi Kerang ‘Frozen’ Kembali Segar, Rasa Macam Baru Beli Dari Pasar!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














