Categories: Resipi

Resipi Kek Pisang Coklat Guna Blender, Nak Hasil Lembut & Gebu Ada Petuanya

Kalau ada pisang masak di dapur, inilah masa paling sesuai untuk cuba resepi kek pisang coklat yang lembut, gebu dan penuh rasa coklat.

Resipi ini tak perlu teknik yang rumit langsung, cuma perlu guna blender atau kacau guna tangan pun dah menjadi.

Berbeza dengan kek pisang biasa, versi kek pisang coklat ini lebih istimewa kerana gabungan pisang masak dan serbuk koko menghasilkan rasa yang lebih kaya.

Baca juga: Resipi Baby Pancake Mini Yang Bulat Comel, Kekal Gebu & Lembut Walaupun Dah Sejuk

RESEPI KEK PISANG COKLAT CHIP

Bahan basah:

  • 2 biji telur (gred A/B/C, ikut stok dapur)
  • 3/4 cawan gula perang atau gula kastor
  • 3/4 cawan minyak jagung atau minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 6 biji pisang kecil atau secawan pisang yang telah dilenyek

Bahan kering:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara memasak:

  1. Satukan bahan basah kecuali pisang ke dalam pengisar dan kisar selama 1 minit.
  2. Selepas itu, baru masukkan pisang yang telah dilenyek dan sambung kisar selama 30 saat. Ketepikan seketikan.
  3. Ayak semua bahan kering dan campur dalam besen kecil.
  4. Tuang adunan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau secara sederhana hingga sebati.
  5. Tambah 2 sudu besar coklat chips. Kacau sekejap je.
  6. Tuang ke dalam loyang saiz 7 inci. Ketebalan adunan ngam-ngam comel.
  7. Boleh hias dengan almond atau coklat chips jika suka.
  8. Bakar pada suhu 160°C selama 60–70 minit (ikut oven masing-masing).

Sumber: EMa AdResia

Baca juga: Resipi Kek Marble Vanilla Tanpa Guna Mixer, Gerenti Jadi Walaupun Pertama Kali Cuba!

Wan N

Recent Posts

Dr Rizal Kongsi Idea Menu Sarapan Sihat Bawah RM12 Untuk 4 Orang, Siap Ada Avokado!

Sarapan pagi merupakan antara waktu makan yang penting untuk membekalkan tenaga sebelum memulakan aktiviti harian.…

2 hours ago

Boleh Dapat 10 Biji Sekali Adunan, Resipi Portuguese Egg Tart Ini Memang Berbaloi Dicuba!

Teringin nak makan Portuguese Egg Tart yang mempunyai kulit pastri rangup dan inti kastard lembut…

2 hours ago

Tak Perlu Patahkan Keropok Lagi, Ini Cara Goreng Keropok Kering Supaya Kembang Elok Bentuknya!

Pernah tak goreng keropok kering, tetapi bila hendak masukkan ke dalam bekas, semuanya tak muat?…

2 hours ago

Cara Buat Apam Red Velvet Coklat, Sekali Gigit Dapat Dua Rasa Dengan Tekstur Gebu!

Kalau selalu buat apam kukus dengan satu warna, kali ini boleh cuba kelainan dengan resipi…

3 hours ago

Resipi Ayam Masak Merah Tanpa Tambah Air, Guna Teknik Ini Jadikan Kuah Pekat Menyaluti Setiap Ketul Ayam

Ayam masak merah boleh menjadi pilihan hidangan tengah hari apabila anda inginkan lauk yang menyelerakan…

3 hours ago

Resipi Siakap Kengsom Tanpa Minyak, Lengkap Dengan Protein Dan Serat!

Kalau selalu masak ikan siakap dengan cara stim atau tiga rasa, apa kata cuba kelainan…

3 hours ago