resepi baby pancake

Sedang mencari idea menu potluck sekolah hujung tahun yang ringkas tetapi tetap sedap? Resepi baby pancake gebu ini memang pilihan yang tepat. Anak-anak pun pasti suka kerana saiznya kecil, lembut dan mudah dimakan.

Pancake ini dimasak menggunakan pan takoyaki, menjadikan bentuknya bulat comel dan masak sekata. Sangat sesuai dihidangkan sebagai snek, minum petang atau menu potluck sekolah.

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Cheesekut Mini Untuk Jamuan, Confirm Licin Tak Tinggal Jejak

RESEPI BABY PANCAKE GEBU

resepi baby pancake

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1½ – 2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
  • ½ sudu teh garam
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar gula (boleh tambah sehingga 3 sudu besar jika suka lebih manis)
  • 2 sudu besar mentega, dicairkan (boleh ganti dengan minyak)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar cuka masak – jika ingin jadikan susu segar sebagai buttermilk

Cara-cara memasak:

  1. Dalam sebuah mangkuk, campurkan tepung gandum, serbuk penaik, garam dan gula. Kacau hingga sebati.
  2. Dalam bekas lain, pukul telur bersama susu segar, mentega cair atau minyak, serta esen vanila sehingga sebati.
  3.  Tuangkan campuran bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan atau kisar menggunakan blender hingga sebati. Elakkan mengacau terlalu lama, biarkan adunan sedikit berketul supaya pancake lebih gebu.
  4. Panaskan kuali non-stick atau pan takoyaki dengan api perlahan. Sapukan sedikit minyak atau mentega.
  5. Sendukkan adunan ke dalam kuali dan masak sehingga muncul gelembung di permukaan serta bahagian tepi mula kering. Terbalikkan dan masak sebelah lagi sehingga keemasan.

Sumber: Faizah Salleh

Baca juga: Resipi Puding Karamel Mini Tanpa Telur, Saiz Kecil Comel Sesuai Untuk Jamuan Sekolah Anak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN