
Kalau ada pisang masak di dapur, inilah masa paling sesuai untuk cuba resepi kek pisang coklat yang lembut, gebu dan penuh rasa coklat.
Resipi ini tak perlu teknik yang rumit langsung, cuma perlu guna blender atau kacau guna tangan pun dah menjadi.
Berbeza dengan kek pisang biasa, versi kek pisang coklat ini lebih istimewa kerana gabungan pisang masak dan serbuk koko menghasilkan rasa yang lebih kaya.
Baca juga: Resipi Baby Pancake Mini Yang Bulat Comel, Kekal Gebu & Lembut Walaupun Dah Sejuk
RESEPI KEK PISANG COKLAT CHIP

Bahan basah:
- 2 biji telur (gred A/B/C, ikut stok dapur)
- 3/4 cawan gula perang atau gula kastor
- 3/4 cawan minyak jagung atau minyak masak
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1/2 sudu kecil garam
- 6 biji pisang kecil atau secawan pisang yang telah dilenyek
Bahan kering:
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara memasak:
- Satukan bahan basah kecuali pisang ke dalam pengisar dan kisar selama 1 minit.
- Selepas itu, baru masukkan pisang yang telah dilenyek dan sambung kisar selama 30 saat. Ketepikan seketikan.
- Ayak semua bahan kering dan campur dalam besen kecil.
- Tuang adunan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau secara sederhana hingga sebati.
- Tambah 2 sudu besar coklat chips. Kacau sekejap je.
- Tuang ke dalam loyang saiz 7 inci. Ketebalan adunan ngam-ngam comel.
- Boleh hias dengan almond atau coklat chips jika suka.
- Bakar pada suhu 160°C selama 60–70 minit (ikut oven masing-masing).
Sumber: EMa AdResia
Baca juga: Resipi Kek Marble Vanilla Tanpa Guna Mixer, Gerenti Jadi Walaupun Pertama Kali Cuba!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














