Kek madeline ini tidak asing lagi dalam kalangan mereka yang mengambil subjek home science atau sains rumah tangga di sekolah dulu.
Cara penyediaan kek ini memang cukup mudah. Satukan semua bahan kecuali jem dan hiasan, kemudian putar sehingga adunan menjadi kembang.
Selepas itu, adunan dibakar menggunakan acuan berbentuk cawan. Apabila kek sudah masak, sapu jem pada kelilingnya dan golekkan atas kelapa kering.
Untuk mengetahui bahan-bahan dan cara penyediaannya yang lengkap, mari kita ikuti resipi perkongsian oleh Rohana Jaafar di bawah.
Baca juga: Resipi Kek Chiffon Pandan Yang Gebu Gebas, Lembut Macam Kapas!
RESIPI KEK MADELINE
Bahan-bahan:
- 100g butter
- 100g gula kastor
- 100g tepung naik sendiri
- Sedikit serbuk penaik
- 2 biji telur gred A
- Esen vanilla
- Jem strawberry
- Buah cherry
Cara-cara:
1. Pukul gula dan butter sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, esen, tepung yang sudah diayak dan sedikit serbuk penaik.
3. Sapu loyang dengan marjerin. Kemudian letakkan adunan ke dalam loyang.
4. Bakar pada suhu 170-180°C selama 20 minit menggunakan api atas bawah.
5. Selepas siap dibakar, sapu jem strawberry pada permukaan luar kek dan kemudiannya, golekkan atas kelapa kering.
6. Akhir sekali, hiaskan dengan buah cherrry. Siap!
Kredit resipi dan gambar: Rohana Jaafar
Baca juga: Resipi Kek Batik Indulgence Sukatan Cawan, Lembut & Lemak Berkrim