dumpling homemade

Mudah je nak buat Dumpling Homemade macam kat kedai tu rupanya. Dumpling merupakan salah satu sajian masyarakat Cina yang tidak asing lagi dalam kalandan rakyat Malaysia.

Enak dimakan panas-panas bila dibeli. Tapi kalau beli harganya boleh tahan mahal juga. Beli siti tak puas makan.

Jadi kalas anda suka makan dumpling ni, boleh juga buat sendiri di rumah dennen menggunakan resipi hasil perkongsian oleh Fauziah Gee di bawah.

Resipi Dumpling Homemade Sedap

Bahan-bahan:

  • 413g isi ayam yang telah dikisar halus
  • 60g tomato yang telah dicincang
  • 35g bawang besar yang telah dicincang
  • 10g bawang putih yang telah dicincang
  • 2 sdt sos tiram
  • 2 sdt minyak bijan
  • 2 sdb daun bawang yang telah dihiris-hiris
  • 2 cubit serbuk lada hitam
  • 1/2 kiub pati ikan bilis atau pati ayam Maggie dihancurkan
  • 1/2 sdt garam halus
  • 1 biji telur gred B

Cara-cara buat inti:

  1. Satukan semua bahan-bahan dan sebatikan.
  2. Tutup bekas menggunakan wrap. Rehatkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  3. Balut dengan kulit dumpling.

  4. Sedia untuk dikukus.

Bahan-bahan untuk sos dumpling:

  • 2 sdb kicap pekat ABC
  • 2 sdb cuka
  • 2 sdb air suhu bilik
  • 2 sdt minyak bijan
  • 1 sdb minyak cili bawang putih
  • Sedikit daun bawang yang telah dihiris
  • Sedikit bijan putih

Cara-cara buat sos dumpling:

  1. Satukan semua bahan-bahan dan kacau sebati. Siap.

Bahan-bahan minyak cili bawang putih:

  • 7 ulas bawang putih dicincang
  • 3 sdm chili flakes
  • 2 cawan teh minyak masak
  • 1 sdt Maggie cukup rasa

Cara-cara buat minyak cili bawang putih:

  1. Panaskan minyak. Bila minyak dah betul-betul panas, tutup api.
  2. Masukkan bawang putih, kacau sehingga keperangan dan masukkan chili flakes.
  3. Kacau skate dan sejukkan.
  4. Bila dah sejuk, masukkan dalam botol.

Kredit: Fauziah Gee

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN