Categories: Resipi

Resipi Kek Batik Indulgence Sukatan Cawan, Lembut & Lemak Berkrim

Pasti ramai dah biasa makan kek batik kan? Apa kata kali ini kita cuba Resepi Kek Batik Indulgence pula.

Biasanya kita makan kek batik yang ‘kosong’ saja, berbeza dengan kek batik versi ini kerana ia ada tambahan lagi 2 lapisan. 2 lapisan tersebut adalah cream cheese dan coklat ganache. 

Ikut saja resipi lengkap yang telah dikongsikan oleh Muhammad Ali di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Kek Batik Horlick Cheese, Rasa Memang Sedap & Tak Muak

Kek batik ini ada 3 lapisan:

  1. Kek batik
  2. Cream cheese
  3. Coklat ganache

1- RESEPI KEK BATIK INDULGENCE

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 200g butter (kalau guna marjerin atau buttercup akan sedikit masin)
  • 300g biskut marie
  • 3 sudu makan serbuk coklat (bancuh dengan air panas)
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan susu pekat
  • Secubit garam (kalau guna marjerin atau buttercup, tak perlu letak)

Cara-caranya:

1. Panaskan butter sehingga cair. Kemudian masukkan semua bahan kecuali biskut.

2. Telur masukkan sambil gaul. Gaul sehingga pekat.

3. Bila dah pekat, tutup api. Biarkan 2 hingga 3 minit baru masukkan biskut.

4. Gaul rata sehingga semuanya bersalut rata.

5. Isi dalam loyang 7 inci dan mampatkan.

6. Sejukkan dalam peti ais selama 30 hingga 40 minit.

2- RESIPI CREAM CHEESE

Bahan-bahan:

  • 120g whipping cream
  • 40 gram gula kastor
  • Setengah sudu kecil esen vanilla
  • 250g cream cheese
  • Gelatin 10 gram + 40ml air panas (jika suka boleh letak. Gelatin sedikit kenyal bila dimakan. Tujuan gelatin supaya potongan lebih cantik dan struktur lebih kukuh. Larutkan gelatin dan air panas sehingga mencair)

Cara-cara:

1. Masukkan bahan-bahan di atas kecuali whipping cream dan gelatin ke dalam mixer.

2. Pukul sehingga rata dan baru masukkan whipping cream serta gelatin.

3. Sambung pukul sekejap dan tuangkan ke atas kek batik tadi.

4. Sejukkan dalam peti ais selama satu jam.

3- RESIPI COKLAT GANACHE

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Double boil semua bahan-bahan di atas. Bila dah sebati, biarkan suam sebelum dituangkan ke atas lapisan cream cheese tadi.

2. Sejukkan semalaman di dalam peti ais dan sedia untuk dimakan.

3. Selamat mencuba!

Kredit: Muhammad Ali

Baca juga: Ibu Kongsi Cara Buat Kek Batik Versi Lembut & Chewy, Anak-Anak Pasti Suka!

Wan N

Recent Posts

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

21 mins ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

55 mins ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

1 hour ago

Resipi Sambal Tomato Tumbuk, Bahan Kena Goreng Dulu Baru Lagi Sedap & Wangi!

Sambal tomato tumbuk boleh dijadikan pilihan kalau dah bosan makan sambal belacan yang biasa. Gabungan…

2 hours ago

Kari Dal Ala Mamak, Ini Rahsia Pilih Kacang Dal & Teknik Masak Supaya Kuah Jadi Pekat!

Kari dal ala mamak memang enak dimakan bersama roti canai, capati atau nasi panas. Namun,…

2 hours ago

Ikan Kukus Limau, Kuah Masam Pedas Dengan Aroma Serai & Halia Yang Buat Terliur!

Ikan kukus limau antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama apabila dinikmati bersama nasi putih panas.…

3 hours ago