kek batik versi lembut

Siapa yang gagal setiap kali buat kek batik? Kek batik jadi keras dan sukar untuk digigit. Niatnya nak buat untuk anak, tapi terpaksa dibuang. Ibu-ibu jangan risau, boleh cuba resipi kek batik versi lembut dan kenyal hasil perkongsian oleh Mawar Wilsa ini.

Anak-anak dijamin akak suka sebab lembut bila digigit! Pasti laku keras kalau buat. Bahan-bahan dan cara membuatnya juga tidak susah mana. Kalau dah pandai buat, boleh buat untuk niaga pula.

CARA BUAT KEK BATIK VERSI LEMBUT & CHEWY

Bahan-bahan:

  • 700 gm biskut marie
  • 250 gm buttercup
  • 1 tin susu pekat (500 gm)
  • ½ cawan serbuk koko + 1 tin susu air panas untuk melarutkan serbuk koko
  • 2 cawan vico @ milo
  • 3 biji telur (dipukul sedikit)
  • Sedikit esen vanilla

Cara-cara membuatnya:

  1. Masukkan buter, susu, vico/milo dan serbuk koko yang telah dilarutkan ke dalam kuali. Kacau sehingga semua bahan sebati.
  2. Kemudian masukkan telur dan kacau laju-laju untuk elakkan adunan berketul.
  3. Titikkan esen vanilla, kacau sehingga adunan hampir pekat.
  4. Masukkan biskut marie dan gaulkan adunan dengan api perlahan sehingga semua biskut marie bersalut dengan adunan coklat. Kacau perlahan supaya biskut tak pecah.
  5. Bila semuanya dah bersalut coklat, masukkan ke dalam loyang yang telah dialas plastik. (guna loyang persegi saiz 9 inci)
  6. Tekan dan padatkan. Biarkan sejuk dahulu baru letakkan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong menggunakan pisau yang tajam.

Kek batik versi lembut dan chewy ni memang sangat sesuai untuk anak-anak. Ibu-ibu bolehlah cuba buat nanti ya! Selamat mencuba.

Kredit: Mawar Wilsa

Baca juga: Resipi Kek Batik Horlick Cheese, Rasa Memang Sedap & Tak Muak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN