resepi karipap

Pasti dah ramai selalu makan karipap kentang atau karipap daging bukan? Kali ini apa kata jom cuba resepi karipap inti kurma daging pula.

Resipi perkongsian oleh Puan Shida Razak di bawah ini cukup mudah dan ringkas meskipun bahan-bahannya banyak. Cara penyediaannya pun tak renyah.

Paling penting, kulit karipap kekal rangup dari pagi sampai ke petang. Sesuai dihidangkan untuk majlis keramaian.

Baca juga: Resipi Karipap Sardin Paling Sedap, Sekali ‘Ngap’ Pasti Tak Cukup Satu!

RESEPI KARIPAP KURMA DAGING (INTI)

resepi karipap

Bahan-bahan inti:

  • 500 gram daging
  • 1 kg ubi kentang
  • 100 gram serbuk kurma
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 ulas bawang merah dihiris
  • 5 ulas bawang putih
  • Serbuk kayu manis
  • Stok rebusan daging
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 kiub daging

Cara memasak:

1. Rebus daging sehingga empuk dan hiris dadu. Ketepikan seketika.

2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum.

3. Masukkan serbuk kurma, lada hitam dan serbuk kayu manis yang telah dibancuh dengan sedikit air.

4. Tumis seketika sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi.

5. Masukkan kentang dan stok rebusan daging secukupnya untuk lembutkan kentang bagi empuk.

6. Tunggu sampai kentang empuk.

7. Masukkan daun sup. Siap!

RESEPI KULIT 

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 2 sudu besar marjerin

Cara-cara:

1. Panaskan 1/3 cawan minyak. (Dah panas tuangkan kat tepung dan marjerin tadi & gaul dulu dengan sudu. Guna tangan melecur nanti melecur pula jari tu)

2. Kemudian, masukkan air sejuk dari dalam peti anggaran 1 cawan. Tuangkan sedikit demi sedikit dan uli sampai tak melekat kat tangan dan menjadi doh yang cantik.

3. Tutup dan rehatkan doh tadi selama 30 minit.

4. Cukup 30 minit, uli semula doh tadi dan boleh mula gelekkan sedikit demi sedikit doh dan boleh bentuk dalam acuan serta masukkan inti karipap pilihan sendiri.

5. Sedia untuk digoreng, selamat mencuba!

resepi karipap

Kredit resipi dan gambar: Shida Razak KC

Baca juga: Cara Mudah Buat Karipap Kampung Macam Orang Tua Dulu-Dulu, Sedap Dia Lain Macam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN