resepi kari ikan

Tercari-cari resepi kari ikan yang mudah dan ringkas? Ini dia salah satu resipi yang boleh anda cuba.

Kari ini bukan biasa-biasa, kuahnya yang pekat dan likat pasti akan memikat hati. Kari ini juga dijamin tahan lama dan tak cepat basi.

Kalau nak tahu cara memasaknya, boleh ikuti resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Masak Kari Daging Supaya Pecah Minyak Elok, Boleh Ikut Tip Ini!

RESEPI KARI IKAN PEKAT

Bahan-bahan:

  • 1 kilogram ikan unggang (atau jenis ikan lain yang disukai)
  • 8-9 sudu besar serbuk kari (campur air untuk jadikan pes)
  • 9 batang sayur bendi
  • Tomato 1 biji
  • Daun kari 2 batang
  • Bawang kecil 5 biji (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Halia 2 cm (ditumbuk)
  • Biji kari 1 sudu besar
  • Air asam jawa 4-5 sudu besar
  • Santan setengah kotak kecil
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Ajinomoto (jika suka)

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, letakkan biji kari. Tumis dalam 30 saat atau 1 minit menggunakan api sederhana, jangan guna api kuat.

2. Masukkan halia dan tumis lagi sehingga naik bau.

3. Masukkan pula bawang putih dan tumis sehingga sedikit keperangan.

4. Seterusnya, masukkan bawang kecil yang telah dihiris nipis serta daun kari. Masak sehingga naik bau dan semua bahan menjadi kekuningan serta sedikit garing.

resepi kari ikan

5. Masukkan serbuk kari yang telah dikacau dengan air. Masak sehingga pecah minyak.

6. Kalau nak kari tahan lama, pastikan guna api kecil atau sederhana supaya rempah betul-betul masak dengan elok dan pecah minyak.

7. Masukkan air asam jawa secukupnya.

8. Bila dah pecah minyak dan warnanya cantik, boleh perasakan dengan garam, serbuk perasa dan ajinomoto.

9. Mauskkan air masak secukupnya dan tuangkan juga santan setengah kotak kecil. Gaul sebati dan biarkan sehingga mendidih.

10. Masukkan ikan, bendi dan tomato. Besarkan api sedikit dan masak sekejap sehingga mendidih. Ikan tak perlu masak lama kerana ikan cepat masak, jika terlebih masak, ikan boleh hancur.

11. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

resepi kari ikan

Kredit resipi dan gambar: Nurul Ateekah

Baca juga: Cara Masak Kari Ayam, Lagi Padu Kalau Tambah ‘2 Bahan’ Ini Selain Serbuk Kari

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN