resepi apam berkuah

Orang Terengganu pasti sudah biasa dengan resepi apam berkuah ini. Ia merupakan kuih tradisi turun-temurun di sana.

Apa yang berbeza dengan yang biasa, kuih ini dimakan dengan kuah berempah yang kaya dengan rasa lemak santan.

Jika ada yang tertanya-tanya apakah rasa kuih ini, mari kita cuba buat sendiri dengan menggunakan resipi di bawah.

Baca juga: Resipi Kuih Apam Lambung Telur, Sedap Makan Dengan Kelapa Parut

RESEPI APAM BERKUAH

resepi apam berkuah

Bahan A:

  • Gula merah – 2 sudu besar
  • Gula putih – 2 sudu besar
  • Garam – 1/2 sudu kecil
  • Air – 1 1/2 cawan
  • Nisan besar – 1 keping
  • Daun pandan – 3 helai (opsional)

Masak semua bahan di atas hingga cair. Setelah itu, tapiskan sebelum dicampurkan dengan bahan B dan C.

Bahan B:

  • Yis mauripan – 1 pek (11g)
  • Gula – 1 sudu besar
  • Air – 1/2 cawan

Campurkan yis, gula dan air, kemudian kacau rata. Biarkan selama 10 hingga 15 minit hingga yis mengembang.

Bahan C:

  • Tepung gandum – 250g
  • Tepung beras – 250g
  • Pisang – 250g (dilenyek atau dikisar halus)

Cara membuatnya:

  1. Campurkan semua bahan A, B dan C. Kacau rata hingga tiada tepung berketul.
  2. Perap adunan selama 1 1/2 hingga 2 jam.
  3. Sapukan sedikit minyak pada acuan, kemudian kukus selama 20 hingga 25 minit bergantung kepada jenis pengukus dan saiz acuan.
  4. Setelah masak, biarkan sejuk seketika (lebih kurang 5 minit) sebelum dikeluarkan dari acuan.

RESIPI KUAH

Bahan kisar halus:

  • Bawang besar – 1 biji
  • Bawang merah – 2 biji
  • Lengkuas – 1 inci
  • Halia – 1/2 inci
  • Kunyit – 1/2 inci

Bahan tumbuk:

  • Ketumbar – 2 sudu kecil (disangai)
  • Jintan manis – 1 sudu kecil (disangai terlebih dahulu)
  • Lada hitam – 2 sudu kecil

Bahan lain:

  • Ikan selayang – 2 ekor (direbus dan ambil isi)
  • Rempah masak cap ros – 1 sudu kecil (opsional)
  • Santan – 1 kotak kecil
  • Kerisik – 1 sudu kecil
  • Kelapa parut – 1 sudu besar (opsional)
  • Nisan – secukup rasa
  • Garam dan gula – secukup rasa
  • Minyak dan air – secukupnya

Cara membuatnya:

  1. Tumis bahan kisar halus hingga wangi.
  2. Setelah itu, masukkan bahan tumbuk dan rempah, tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan 1 cawan air, diikuti dengan santan dan 1 cawan air lagi (kepekatan kuah boleh disesuaikan mengikut citarasa).
  4. Tambahkan isi ikan, kelapa parut, kerisik, nisan, garam dan gula.
  5. Pastikan kuah tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
  6. Setelah siap, kuah boleh dihidangkan.

Sumber: Muliadi Ramli

Baca juga: Resipi Apam Gula Hangus Kukus, Memang Jadi Gebu Elok & Selembut Kapas!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN