bubur bunga setaman

Pernah rasa bubur bunga kembang setaman? Bila tengok rasa sayang je nak makan. Comel-comel pulak tu. Kalau boleh nak simpan bunga tu sebagai hiasan je.

Bila tengok gambar pon rasa geram sebab comel dengan warna putih-putih bersih tu siapa je tak geram kan.Kalau nak tengok kecomelan bunga-bunga tu meh la cuba resipi ni. Nanti boleh jadikan menu hidangan petang ataupun pencuci mulut untuk tetamu.

Resipi Bubur Bunga Kembang Setaman Yang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan doh:

  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • Pewarna
  • Air untuk rebus
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan

(kalau nak buat sikit, guna cawan kecik je untuk sukatan)

Bahan-bahan kuah:

  • 1 kotak santan kara
  • Air secukupnya
  • Sehelai daun pandan
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Uli tepung pulut,tepung gandum & air sampai jadi doh. Asingkan dan warnakan. Kemudian bentukkan saiz bunga kecil-kecil.bubur bunga setaman
  2. Panaskan air dalam periuk, letak daun pandan dan sedikit garam. Bila air menggelegak masukkan bunga satu per satu. Bila timbul,angkat dan masukkan dalam air sejuk/air ais.bubur bunga setaman
  3. Di dalam periuk,masukkan air,gula,daun pandan & garam. Sukatan air mengikut kuah yang kita nak. Masak air sehingga menggelegak dan gula hancur.
  4. Kemudian, kecilkan api.
  5. Masukkan santan. Kacau rata. Kemudian masukkan bunga yang dah disejat.
  6. Renehkan dengan api perlahan.Kacau sekali sekala.Siap dan boleh dihidang.Makan panas-panas pon boleh sejuk pon boleh.

bubur bunga setaman

Kredit: Che Fyqah

Baca juga:

Kedai Kek Pak Tam Viral Di Brinchang, Pelbagai Jenis Kek Ada Dijua

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN