wanpaku tuna sandwich

Tengok gambar saja pun dah buat korang terliur nak makan kan~ Hah ini lah dia Wanpaku Tuna Sandwich yang popular dekat Jepun tau! Geram je kan tengok padat-padat isi dalam sandwich ini. Jom kita buat sendiri di rumah.

Apa yang lebih menarik tentang resepi ini ialah ia menggunakan bahan yang murah tetapi sihat.

Untuk satu saiz hidangan Wanpaku Tuna Sandwich ini, korang pasti akan rasa kenyang untuk jangka masa yang panjang. Memang sesuai untuk anda yang sedang berdiet!

Baca juga: Resipi Sandwich Premium Macam Hotel, Barulah Puas Suami & Anak Nak Makan

Sandwich ini memang unik sekali kerana ia mempunyai inti protein dan sayur yang disusun secara berselang-seli. Ini untuk memastikan mendapat tekstur yang menarik!

Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Nurasykin Ali di laman Facebook dan mendapat 625 perkongsian!


RESIPI WANPAKU TUNA SANDWICH ALA JEPUN

Wanpaku Tuna Sandwich

Bahan-bahan:

  • Kewpie Mayonnaise
  • Kewpie Dressing Roasted Sesame
  • Tuna
  • Cheese
  • Roti
  • Ceri tomato
  • Telur puyuh
  • Salad
  • Lobak

*Bahan ni boleh je ubah ikut selesa tekak masing-masing.

Cara penyediaan:

1. Sapukan roti dengan butter/marjerin.
2. Bancuh tuna dengan kewpie dressing ni. Agak-agak je.
3. Letak sekeping cheese atas roti. Kemudian salad.
4. Lepas tu tuna. Ikut banyak mana nak letak.
5. Boleh susunkan telur puyuh, tomato dan lobak pula. Tutup dengan sekeping roti.
6. Sapukan atas roti tadi dengan butter/marjerin. Kemudian layerkan satu lagi kepingan cheese.
7. Ulang semula dengan susun di atasnya dengan salad, mayonis dan lobak.
8. Tutup dengan roti yang terakhir. Bahagikan sandwich kepada dua menggunakan pisau roti.|
9. Wanpaku Tuna Sandwich sedia untuk dinikmati!

Selamat mencuba!

Wanpaku Tuna Sandwich

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN