Categories: Resipi

Resipi Kangkung Goreng Taucu Viral, Bahan Biasa Tapi Rasa Memang Sedap Lain Macam!

Menu kangkung goreng taucu antara lauk yang paling ringkas dan cepat untuk disediakan. Walaupun bahannya simple, hasilnya tetap sedap dan menyelerakan.

Namun, pasti ramai yang tertanya macam mana nak masak kangkung supaya tak lembik dan masih rangup apabila dimakan.

Rahsianya adalah terletak pada kekuatan api dan tempoh memasak. Tak perlu masak lama, cukup sekadar kangkung layu.

Kalau nak tahu apakah bahan-bahan dan cara memasaknya yang lengkap, jom baca resipi yang dikongsikan oleh Puan Ummu Naim di bawah.

Baca juga: Resipi Terung Goreng Rangup Telur Masin, Yang Tak Suka Sayur Pun Makan Sampai Licin!

RESEPI KANGKUNG GORENG TAUCU

Bahan-bahan:

  • Kangkung (ikut jumlah yang nak dimasak)
  • Bawang putih (dicincang)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Cili giling (ikut kepedasan yang disukai)
  • Taucu (kuantiti ikut cita rasa)
  • Sos tiram sedikit (kuantiti ikut cita rasa)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam atau gula (jika perlu, ikut cita rasa)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan cili giling hingga naik bau harum.
  2. Masukkan sedikit sos tiram dan taucu. Gaul rata.
  3. Tambahkan kangkung dan gaul dengan api perlahan. Jangan masak terlalu lama supaya kangkung masih rangup.
  4. Sesuaikan rasa ikut cita rasa sendiri dan hidangkan segera.

Sumber: Ummu Naim

Baca juga: Resipi Bayam Merah Goreng Belacan, Masak Cara Ini Supaya Sayur Tak Layu & Warna Cantik!

Wan N

Recent Posts

Ibu Dalam Pantang Nak Minum Air Roselle? Ini Khasiatnya Yang Ramai Tak Tahu Selama Ini

Air roselle semakin menjadi pilihan sesetengah ibu ketika berpantang kerana dikaitkan dengan pelbagai manfaat, termasuk…

11 hours ago

Cara Elak Kutu ‘Berkampung’ Dalam Bekas Tepung, Ikut 6 Langkah Ini Sebelum Simpan Dalam Kabinet

Masalah kutu tepung memang boleh buat rasa geli bila nampak serangga kecil mula bergerak dalam…

12 hours ago

Resipi Kerepek Ubi Kentang Pedas, Buat Petua INI Sebelum Goreng Supaya Ekstra Rangup!

Kerepek ubi kentang antara snek yang memang susah nak berhenti mengunyah, lebih-lebih lagi kalau dibuat…

12 hours ago

Cara Buat Nasi Kak Wok Ala Kelantan, Resipi Mudah Dengan 3 Menu Pelengkap Wajib Ada!

Nasi kakwok merupakan hidangan yang sinonim dengan Kelantan dan biasanya terdiri daripada nasi putih yang…

13 hours ago

Kek Batik Coklat Crunchy, Tak Banyak Bahan Tapi Rasa Coklatnya Pekat Dan Memikat!

Kalau suka pencuci mulut yang mudah dibuat, kek batik coklat ini memang menarik untuk dicuba…

15 hours ago

Potong Bawang Sekali Seminggu, Ini Panduan ‘Pantry Prep’ Bagi Mudahkan Urusan Di Dapur

Jam baru menunjukkan pukul 6:30 petang. Anda baru sahaja sampai di rumah selepas redah kesesakan…

15 hours ago